Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jika anda masih ingat lagi dalam mata pelajaran Sejarah semasa Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 dulu, terdapat beberapa topik menceritakan kehebatan Terusan Suez yang menjadi laluan untuk kapal-kapal dari benua Asia dan Eropah untuk berdagang.

Terbaru, kapal-kapal yang melalui Terusan Suez yang sepanjang 164km dan kelebaran 300m itu ‘tersangkut’ apabila sebuah sebuah kapal kontena besar telah tersadai di tengah laluan akibat hilang kawalan.

Kapal kontena yang dikenali sebagai ‘The Ever Given’ dalam perjalanan menuju ke bandar pelabuhan Rotterdam di Belanda dari China telah terperangkap sekitar pukul 7:40 pagi waktu tempatan pada hari Selasa disebabkan oleh kegagalan teknikal.

Beberapa buah kapal tunda telah dikerah untuk membantu kapal ‘The Ever Given’ sepanjang 400m (1312 kaki) dan selebar 59m itu. Dijangkakan operasi untuk memindahkan kapal yang terperangkap akan mengambil masa berhari-hari.

vocket-terusan-suez-kapal-kontena-tersangkut-1

Sumber Gambar: BBC

Pihak berkuasa Terusan Suez menyatakan operasi yang mungkin memakan masa disebabkan mahu membuang pasir yang berada di sekitar kapal yang tersangkut itu.

Menurut Dr Sal Mercogliano, sejarawan maritim yang berpusat di Amerika Syarikat menyatakan bahawa insiden seperti ini jarang terjadi, dan boleh menyebabkan ‘kesan besar terhadap perdagangan global’.

“Ini adalah kapal terbesar yang pernah terperangkap di Terusan Suez,” katanya.

Terbaru, Korea Utara telah memulakan ujian peluru berpandu walaupun baru sahaja membuat lawatan pegawai kanan tentera Amerika Syarikat.

Baru Sahaja Melawat Diplomat Amerika Syarikat, Korea Utara Mulai Uji Peluru Berpandu

‘Malaysia Buat Jenayah Yang Tidak Boleh Dimaafkan’ – Korea Utara Putus Hubungan Dengan Malaysia

Malaysia Akan Terima Akibatnya Kata Konsulat Kedutaan Korea Utara

 

 

Anda Mungkin Suka