Buat peminat siri The Flash, pasti sangat mengenali pelakon yang memegang watak Barry Allen iaitu Grant Gustin. Hujung minggu lalu Grant Gustin menghadiri majlis Teen Choice Awards 2018 dan secara tiba-tiba, satu jenama jam dari Sabah mendapat perhatian dunia.

Ianya bermula dengan satu permulaan oleh peminat Gustin. Peminatnya bertanya jam apakah yang dipakainya dan di manakah boleh beliau mendapatkan jam berkenaan. Gustin menjawab ianya adalah hadiah daripada rakannya dari Malaysia dan jenama jam berkenaan adalah Nayan Co.

https://www.instagram.com/p/BmZij9Rhg4j/?hl=en&taken-by=grantgust

nayan reply

Setelah membuat sedikit pencarian di Facebook, saya dapat berhubung dengan founder kepada jam tangan ini, Fahad Nasir. Menurut Fahad, selepas jenama Nayan Co dipetik oleh Gustin, beliau mula mendapat permintaan untuk jam berkenaan dari serata dunia.

“Jenama Nayan Co ini saya tubuhkan pada November tahun lalu. Ianya sekadar projek suka-suka sahaja yang jadi kenyataan. Saya memang peminat jam dan setiap rekaan dan pemilihan material untuk jam tangan Nayan Co adalah daripada saya,” kata Fahad.

“Jam Nayan Co ini adalah wedding gift saya kepada Grant ketika majlis perkahwinan beliau di Sabah beberapa bulan yang lalu. Tak sangka pula beliau sukakan jam tangan ini dan akan mention jenama Nayan Co ini di Instagram. Buat masa sekarang, saya banyak dapat tempahan dari Asia Tenggara dan pertanyaan dari peminat siri The Flash ini,” Tambah Fahad.

Setiap warna jam adalah terhad kepada 70 unit sahaja dan jam yang dipakai Gustin sudah sold out. Jam ini memang nampak eksklusif dan handsome jika dipakai. Untuk pembelian, boleh terus membuat tempatan melalui laman Instagram Nayan Co di sini.