Nota Editor: Terima kasih kepada Dr Abdul Rahman Abdul Kadir kerana sudi menulis dan berkongsi penulisan ini di Vocket. Semoga penulisan ini membantu orang ramai memahami kepayahan bekerja sebagai seorang doktor, lantas lebih berhati-hati untuk mem'viral'kan cerita yang kurang enak.

Biarlah Kita Viral Di Langit

Kami sudah biasa tubuh badan kami disimbahi dengan pelbagai bendalir badan dan kotoran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Darah, muntah, kencing, najis, ludah, air mentuban, nanah, kahak… namakan saja dan kami memang sudah pernah bermandikan ini semua.

Sedikitpun kami tidak pernah merungut apabila kami dikotori dengan semua ini. Malah kadang kala kami tidak hiraukan dan terpaksa meneruskan rawatan terhadap pesakit demi menyelamatkan mereka sekalipun sedar risiko jangkitan kuman yang mungkin ada dalam bendalir tersebut.

viral-di-langit
Hans AdamAdam

Penat, mengantuk, lapar, dahaga malah keinginan untuk kencing dan berak akan kami tangguhkan sewaktu sesuatu rawatan resusitasi agresif bagi kes-kes trauma mahupun kes medikal yang tidak stabil.

Pernah staf saya pengsan ketika bertugas kerana terlalu penat. Betapa ramai jururawat saya yang keguguran ketika mengandung kerana beban kerja yang begitu berat dan stress. Dan betapa ramai yang bercerai berai, putus tunang dan tidak berkahwin langsung akhirnya dek komitmen mereka yang terlalu tinggi untuk berkhidmat demi negara. Ini berlaku dek pasangan mereka tidak tahan dan tidak sanggup berkahwin dengan orang yang mempunyai komitmen tinggi dalam perkhidmatan kritikal seperti kami.

Betapa acapkali kami meninggalkan ahli keluarga kami di hari perayaan dan kenduri kendara. Malah ketika anak-anak kami sakit, kami tinggalkan mereka demi berkhidmat merawat orang asing yang kami tidak kenal dan berdoa biar Allah jaga anak-anak kami ketika kami menjaga pesakit.

Opss! Saya terlupa. Semua di atas itu adalah cara hidup yang kami sendiri gatal pilih. Dan kami dibayar gaji oleh macai yang kononnya membayar cukai. Oleh itu menurut macai, kami tidak mempunyai hak untuk bersuara apabila diserang di media sosial. Kami mesti akur dan buat penambahbaikan sungguhpun tuduhan adalah palsu dan tiada asas. (Inilah kenyataan-kenyataan yang saya baca di wall KKM yang share status saya).

Semua pengorbanan di atas itu tidak boleh disebut kerana telah termasuk dalam pakej gaji. Ini termasuk pakej untuk diambil gambar curi dan diviralkan oleh macai di media sosial supaya dimaki hamun oleh netizen secara berjemaah.

Simbahilah kami dengan darah, muntah dan juga fitnah.

Bukan niat kami mengungkit semua ini tetapi apabila dengan hanya sekeping gambar staf kami yang berehat diviralkan seolah-olah kami makan gaji buta, terpaksalah kami sebutkan supaya mereka yang rasional dapat melihat di luar kotak.

Kepada sahabat-sahabat saya para petugas hospital, saya pernah nyatakan ini dan saya nyatakan sekali lagi, janganlah berduka dan kecewa dek tohmahan di media sosial.
Biarlah kita viral di langit dengan Allah dan para Malaikat memuji kita.

Nota: Gambar seperti ini tidak akan pernah viral. Ini adalah senario yang biasa bagi kami di zon merah/ kritikal. Baju seorang Penolong Pegawai Perubatan (MA) kami yang disimbahi muntah darah seorang pesakit. Beliau meneruskan merawat pesakit dalam keadaan itu demi nyawa pesakit tersebut.
Geli, penat, takut diketepikan demi anda.

BACA: Di Sebalik Tragedi Yang Menimpa, Tersingkap Kepayahan Sebuah Kerjaya Bernama Doktor

BACA: Bekas Doktor Berkongsi Bagaimana Beliau Menjaga Solat Sewaktu Bertugas Di Unit Kecemasan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram