Setelah penat bekerja seharian, waktu malam merupakan waktu yang paling sesuai untuk berehat. Namun ada diantara kita lebih gemar berjaga hingga larut malam atas alasan-alasan tertentu.

Tetapi, tabiat berjaga sehingga lewat malam ini sebenarnya memberi impak yang negatif kepada kesihatan diri seseorang individu itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerap berjaga sehingga lewat malam tidak baik untuk kesihatan.

Tabiat berjaga sehingga lewat malam boleh memberikan 4 kesan utama seperti berikut:

  1. Gangguan fungsi kognitif, pelupa dan tiada daya tumpuan.

Ia boleh menyebabkan penyusutan ‘white matter’ pada otak yang penting bagi proses pembelajaran.

2. Obesiti dan Diabetes

Gangguan pada metabolism badan dan perubahan hormon (insulin dan kortisol) yang menyebabkan individu lapar dan berkeinginan mencari makanan berkarbohodrat atau gula dari biasa.

3. Emosi terganggu

Kurang tidur menyebabkan kawasan otak yang mengawal aktiviti “membuat keputusan dan membuat perancangan teratur” berhenti berfungsi. Jadi ia merangsang gerak hati dan kelakuan yang berisiko.

4. Impak Kesihatan

Impak kesihatan terhadap immuniti badan boleh menyebabkan infeksi badan seperti selsema dan lain-lain kerana ianya boleh membawa kepada kanser.

Diharapkan dengan perkongsian ini, kita akan lebih menghargai waktu malam dengan melakukan perkara berfaedah dan mendapatkan rehat yang secukupnya.

Dikepilkan beberapa artikel berkaitan kesihatan yang mampu memberi manfaat dan ilmu tambahan kepada anda. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Bayi 3 Bulan Dijangkiti Virus Polio, Kes Pertama Setelah 27 Tahun Malaysia Bebas Jangkitan Tersebut

Tekanan Di Tempat Kerja Disebabkan Majikan Yang Kurang Peka Tentang Kesihatan Mental

Kesan Minuman ‘Bubble Tea’ Kepada Kesihatan Anda