Pastinya tidak lengkap sebuah rumah tanpa tingkap kerana tingkap berfungsi untuk membenarkan pencahayaan semula jadi dengan beberapa tingkap bagi pengalihan udara.

Berbeza pula kisah lelaki ini, Mohammad Hanif Allah Pitchay yang telah mengubahsuai rumahnya tanpa tingkap. Difahamkan, beliau mengambil keputusan untuk ‘membuang’ tingkap rumahnya kerana rumahnya pernah dirompak sebanyak dua kali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, idea kreatif ini daripada ibunya yang menganggap ruang tingkap sangat leceh untuk dijaga dan menurutnya kini kerja hariannya lebih mudah tanpa tingkap. Kos pengubahsuaian rumah tersebut menelan belanja hampir RM100,000.

gghg
Sumber: Bernama

Malah, rumah yang unik ini dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar rumahnya bagi mengesan kehadiran tetamu dan terdapat sistem penggera pada pintu hadapan dan pintu belakang. Pada waktu siang pula, lampu hanya dibuka untuk kegunaan tertentu sahaja kerana cahaya dari luar yang masuk sudah mencukupi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Ruhisya Haris megatakan bahawa tiada kesalahan dari segi keselamatan bagi pembinaan rumah tanpa tingkap, selagi pemilik kediaman persendirian tahu mengendalikan sistem keselamatan kebakaran dan tidak menjalankan aktiviti berbahaya atau membuat stor penyimpanan gas di rumah.

Tahukah anda bahawa muzium Rumahku Muziumku di Melaka juga ditutup kerana barang antik dalam rumahnya kerap dijual. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Barang Antik Kerap Dicuri, Pemilik Muzium Percuma Di Melaka Ini Nekad Untuk Menutupnya

‘Windows House’ Rumah Dengan Rekaan Unik Di Kuala Lumpur

Lihat Bagaimana Rumah Teres Ini Diubahsuai Dengan Rekaan Minimalis

Sumber