Anda pernah atau tidak ada masalah penghadaman contohnya kembung perut, perut rasa tak selesa, cirit-birit atau sembelit? Sebenarnya semua ini adalah masalah penghadaman yang biasa dan masih boleh dirawat.

Tapi, ia boleh bertukar jadi bahaya bila anda mengabaikannya sehingga keadaan menjadi lebih kronik dan menjejaskan kualiti hidup anda. Sebelum terlambat, kali ini kami mahu kongsikan 5 tabiat buruk yang anda kena elak untuk selamatkan usus dan sistem penghadaman anda.

1. Kurang minum air sebab sibuk

Sprtizer 1

Sibuk sampai tak sempat minum air? Tidak elok sebenarnya! Kalau anda nak tahu, air sebenarnya membantu melembutkan najis dan menggalakkan peredaran melalui sistem penghadaman anda. Manakala, serat pula bertindak seperti span dan menyerap air.

Tanpa cecair yang cukup, serat tidak boleh melakukan tugasnya dan akan menyebabkan sembelit. Secara purata, anda harus mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari (iaitu kira-kira dua liter). Jangan tunggu tekak rasa dahaga baru hendak minum air.

2. Kafein berlebihan ganggu penghadaman

Sprtizer 2

Mengambil minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, kola dan minuman ringan yang berlebihan boleh meningkatkan asid di dalam perut, seterusnya menyebabkan pedih ulu hati bagi sesetengah orang.

Kalau anda memang tidak boleh berhenti minum kopi atau teh, hadkan pengambilan kepada satu atau dua cawan sehari sahaja.

3. Tidak ada masa untuk bersenam

Sprtizer 3

Senaman ini bukan setakat untuk kurus ya. Sebenarnya, apa-apa jenis senaman yang meningkatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung memberi faedah kepada penghadaman anda. Ia merangsang otot usus, sekali gus membolehkan makanan diedarkan dengan lebih cekap melalui usus.

So, lepas ini anda hadkan aktiviti sedentari seperti bermain permainan komputer atau menonton televisyen. Sebaliknya, lakukan lebih banyak aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari atau menari.

4. Gemar makan daging berbanding sayur

Sprtizer 4

Kalau anda nak tahu, terlalu banyak makan daging berbanding sayur pun boleh menyebabkan sistem penghadaman anda bermasalah. Ini kerana sistem penghadaman korang memerlukan masa yang lebih lama untuk memproses makanan jenis ini.

Jadi, pengambilan sayuran hijau merupakan amalan yang sangat baik kerana ia adalah sumber makanan yang kaya zat besi, beta-karoten dan mengandungi serat. Kandungan serat dalam sayuran ini boleh membantu memperbaiki sistem penghadaman korang.

5. Kurang makan buah-buahan

Sprtizer 5

Buah-buahan memang sedap! Tapi kadang-kadang susah betul hendak cari yang sudah siap potong dan sedia untuk dimakan. Ini antara sebab ramai di antara kita kurang makan buah. Memandangkan ia sangat baik untuk sistem penghadaman kita, maka pengambilannya amatlah digalakkan.

Kehadiran serat atau fibre dalam buah-buahan ini boleh membantu melembutkan najis dan mencegah sembelit serta mengurangkan beberapa simptom gangguan penghadaman contohnya, buasir dan sindrom iritasi usus.

Jadi, kalau anda nak sistem penghadaman terjaga dan sihat tapi dalam masa yang sama susah sangat hendak cari makanan yang kaya serat macam buah-buahan ni, kami sarankan anda minum sahaja minuman kaya serat BonRica.

Amalkan BonRica untuk penghadaman lebih sihat!

Sprtizer 6

Kenapa BonRica? Kalau anda nak tahu, BonRica ini adalah minuman kaya serat keluaran Spritzer yang sangat sesuai untuk diamalkan terutamanya bagi anda yang ada masalah penghadaman yang lemah.

Bagi anda yang jenis suka makan pula, pengambilan BonRica setiap hari terutamanya selepas makan mampu memastikan sistem penghadaman anda sentiasa dalam keadaan terbaik. Yalah, dah makan macam-macam makanan berkalori, anda kenalah bantu perut untuk bekerja dengan lebih mudah.

Sprtizer 7

Minuman kaya serat BonRica ini juga sangat sesuai untuk mereka yang kurang gemar untuk makan buah-buahan, bijirin atau sayur. Dalam setiap botol minuman BonRica mengandungi 6 gram serat bersamaan serat daripada 2 biji epal kecil atau 2 biji lobak merah atau 4 gelas penuh kubis ya.

Paling best, BonRica ada dua variasi iaitu fibre yogurt dan fibre passion fruit. Kalau anda cuba nanti, pasti sebotol tidak cukup! Apa pun kena ingat, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Usus yang sihat adalah satu keutamaan untuk menjalani kehidupan yang baik dan bahagia setiap hari.

Kalau anda ingin dapatkan lebih banyak informasi tentang minuman kaya serat ni, boleh layari laman sesawang Spritzer BonRica atau ikuti mereka di Instagram Sprizter BonRica!

Ini pula cara rakyat Malaysia untuk sentiasa kekal hidrat. Baca tip tentangnya pada artikel di bawah.

Cara Orang Malaysia Kekal Positif & Hidrat Dengan Air Mineral Semulajadi Berperisa Ini

Dapat Panggilan Daripada Gadis Idaman, Lihat ‘Prank’ Lelaki Ini Terhadap Rakannya