Model Perodua Myvi merupakan salah satu kenderaan pilihan orang Malaysia tanpa kira lapisan umur, bangsa mahupun sosioekonomi. Boleh dikatakan kereta keluaran tempatan itu mampu ‘menyatukan’ orang ramai walaupun mempunyai perbezaan latar belakang.

Terbaharu, YB Dr Maszlee telah berkongsi sekeping gambar di mana beliau berdiri bergaya di hadapan Myvi miliknya menerusi satu hantaran Facebook dan Twitter bagi memenuhi permintaan ramai.

Menurutnya, beliau telah menerima banyak permintaan daripada pemilik-pemilik Myvi yang lain untuk berkongsi gambar beliau bersama ‘King of The Road Malaysia’.

Hantaran santai oleh YB Dr Maszlee dilihat menerima sambutan yang sangat baik daripada pemilik-pemilik Myvi dari seluruh Malaysia. Rata-rata meluahkan perasaan gembira apabila melihat gambar tersebut.

Tidak kurang juga ada berasa ‘geli hati’ dan menanyakan kepada YB Dr Maszlee mengapa ada pelekat ‘P’ pada cermin hadapan kereta Myvi miliknya itu.

“P itu untuk anak-anak yang baru dapat lesen nak kongsi. Bapa mereka ini tidak lokek,” seloroh YB Dr Maszlee menjawab persoalan ramai.

Sumber Gambar: Facebook Dr Maszlee Malik
Sumber Gambar: Facebook Dr Maszlee Malik
Sumber Gambar: Facebook Dr Maszlee Malik

Siapa sangka model Perodua Myvi yang bakal menginjak usia 20 tahun pada 2025 nanti telah menjadi satu produk kebanggaan negara dan mendapat sambutan baik oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Difahamkan model Myvi 2022 telah menerima 31,154 tempahan dan 7,055 unit telah pun dihantar kepada pelanggan sejak pra-tempahan dibuka pada November 2021 lalu.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB di Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Bukan hanya sekadar kereta kegunaan harian, lihat beberapa pemandu dirakam menggunakan Myvi melebihi keupayaan kereta biasa.

Selamba ‘Tarik’ Lori Rosak, Aksi Myvi Ini Mencuit Hati Orang Ramai

Netizen Kagum Keupayaan ‘Off-Road’ Myvi Dibuat Masuk Kebun Durian

Myvi ‘Terbang’ Elak Terjunam Dalam Longkang Besar Raih Perhatian Netizen

Sumber