Dalam kita hidup berjiran ini, pasti ada jiran kita yang perasan kereta miliknya ‘setaraf’ kereta Ferrari dengan sengaja menekan pedal minyak sehingga ekzos mengeluarkan bunyi yang kuat mengganggu ketenteraman kawasan kejiranan.

Baru-baru ini di Iskandar Puteri, Johor ada seorang lelaki telah menembak kereta Myvi miliknya jirannya kerana kerap menguji bunyi ekzos Perodua Myvi sehingga mengganggu jiran yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-myvi-bising-tembak-pistol-angin-2
Gambar Sekadar Hiasan

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, semasa kejadian, mangsa yang berusia 21 tahun menyedari keretanya terkena sesuatu yang disyaki hasil tembakan dari arah rumah lelaki terbabit.

“Ia menyebabkan pintu belakang sebelah kanan berbekas umpama kesan tembakan.

“Pada jam 5.30 petang hari yang sama, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri menyerbu rumah suspek berusia 63 tahun di taman perumahan berkenaan untuk melakukan pemeriksaan dan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

“Hasil pemeriksaan, kami menemui selaras senapang tiruan pendek, selaras senapang tiruan panjang dan tiga guli yang disimpan di bawah almari di dapur rumah itu.

“Turut dirampas sehelai seluar pendek hitam sebagai bahan bukti,” katanya.

vocket-pistol-angin-myvi
Sumber Gambar: Harian Metro

Hasil siasatan awal mendapati suspek telah belajar melalui YouTube cara untuk membuat pistol angin tersebut sebelum dia menembak kereta mangsa. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Semoga kejadian ini dapat menjadi iktibar kepada orang ramai supaya ‘beringat’ untuk tidak menganggu ketenteraman kawasan kejiranan kerana kita tidak tahu jiran yang mana akan bertindak-balas atas perbuatan kita.

Baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket pada minggu ini melalui pautan di bawah.

Peminat Terkesima Lihat Sharifah Shahirah Selamba Pandu Lotus 311 Bernilai RM640,855 Dengan Baik

Netizen Mahu Kereta Honda Pemandu Mabuk Ini Jadi ‘Seni Arca’ Di Eco Ardence

‘Frontliners’ Hilangkan Rasa Penat Dengan Minta Kereta ‘Tarik’ Selepas Pemeriksaan Di Pos Kawalan

Sumber