Kereta elektrik serta penghasilan model 3D sememangnya menjadi fenomena buat syarikat luar ketika ini. Berpangkalan di Itali bersama hasil kerjasama Polymaker, syarikat XEV menjadi yang terawal buat para pengguna dengan menawarkan kereta elektrik dengan cetakan 3D.

Kereta mini yang memunyai dua tempat duduk ini. mampu bergerak dengan kelajuan dengan kelajuan maksimum 70 km/h. Berbekalkan berat 450 kilogram, kereta ini telah dibina menggunakan material polyamide dan nylon kecuali rangka, cermin, dan tayar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

105071559-XEV_Car_3.1910×1000

Menurut XEV, kereta tersebut hanya mengambil masa 3 hari untuk disiapkan memandangkan hanya 57 komponen perlu dipasang berbanding lebih 2000 komponen pada kereta lain. Sememangnya sebuah rekaan yang inovatif dan futuristik sesuai dengan bersesuaian dengan hasrat industri 4.0.

Jumlah komponen yang minima ini membolehkan syarikat tersebut menjualnya dengan harga yang rendah. Setakat ini sudah lebih 7,000 tempahan berjaya diterima oleh syarikat ini.

https://www.youtube.com/watch?v=M-X-rN2yXfs

Model ini bakal mula dijual di China seawal bulan hadapan dengan harga kurang daripada $10 ribu (RM39.2 ribu). Agak-agak dengan saiz comelnya, mampukah model ini menjadi fenomena sekiranya mula dijual di Malaysia?