KTM Berhad pada semalam melaporkan sebuah kereta api elektrik (ETS) dan komuter tiga gerabak bergesel sesama sendiri berhampiran Stesen Kuang.

Kejadian malang tersebut bagaimanapun menyaksikan hampir keseluruhan penumpang kedua-dua kereta api terselamat dengan hanya seorang daripada keseluruhan 122 penumpang cedera ringan.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Posted by KTM Berhad on Friday, 4 September 2020

Pergeselan tersebut difahamkan berlaku antara tren komuter yang sedang dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Sungai Buloh dan ETS dari Stesen Padang Besar yang menuju ke Stesen KL Sentral pada 6.37 petang.

Posted by KTM Berhad on Friday, 4 September 2020

Posted by KTM Berhad on Friday, 4 September 2020

Posted by KTM Berhad on Friday, 4 September 2020

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal penumpang komuter yang cedera ringan di tangan itu telah diberi rawatan kecemasan oleh kakitangan KTMB di Stesen Kuang sebelum mangsa meneruskan perjalanan ke Stesen Sungai Buloh.

Mankala para penumpang ETS yang terbabit juga telah dipindahkan menaiki ETS berikutnya untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

“Siasatan terperinci juga telah dimulakan bagi mengenal pasti punca kejadian”, katanya lagi.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai penumpang pesawat ini yang bertindak berjalan atas sayap kapal terbang dek kerana panas di pautan di bawah.

Panas Punya Pasal, Wanita Ini Buka Pintu Kecemasan Pesawat Dan Berjalan Di Atas Sayap

Ghost Rider Versi India, YouTuber Ini Sengaja Bakar Dan Memandu Motorsikal Demi ‘Content’

 

Anda Mungkin Suka