Ura-ura pembukaan laluan kereta api terpanjang di dunia yang bakal menghubungkan London dan Tokyo nampaknya semakin jelas. Dalam satu laporan terkini, Kerajaan Rusia sedang mengambil serius rancangan untuk membuka laluan kereta api sepanjang 8,400 batu yang bakal menghubungkan London ke Tokyo melalui laluan kereta api Trans-Siberian.

Berdasarkan peta lakaran, projek laluan kereta api ini terpanjang di dunia ini akan bermula dari London seterusnya melalui laluan kereta api Trans-Siberian merentasi Moscow hingga Khabarovsk dan akan disambungkan ke Tokyo melalaui jambatan merentas laut yang bakal dibina sepanjang 28 batu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1

Jika projek ini berjalan lancar, ia bakal menjadi laluan kereta api terpanjang di dunia dengan menghubungkan jambatan merentas laut yang terpanjang di dunia. Dalam masa yang sama, projek besar antara kerjasama Kerajaan Rusia dan Jepun ini juga disifatkan sebagai ‘jambatan merentasi sejarah’ kerana Moscow dan Tokyo secara rasmi tidak pernah menandatangani perjanjian damai setelah berlakunya Perang Dunia Ke-2.

Sumber