Kalau dilihat secara kasar, kereta ini mungkin tiada nilai. Tetapi di mata pengumpul kereta vintaj, kereta ini bagaikan permata di celakan kaca.

Aston Martin DB4 ini adalah keluaran sekitar tahun 1958-1963 dan hanya 1,200 unit kereta ini dihasilkan dalam jangka masa itu. Disebabkan itu kereta ini mempunyai harga walaupun berada dalam keadaan usang. Model DB4 ini direka untuk memberi saingan kepada kereta super car yang lain pada waktu itu; Ferrari dan Maserati kerana kereta ini adalah kereta pertama yang dapat membuat pecutan dari 0-100KM/J dalam masa kurang 9 saat ketika zaman itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Aston Martin DB4

Kereta DB4 usang ini berada di Massachusetts, Amerika Syarikat yang dibawa masuk oleh pemiliknya dari England sekitar awal tahun 1970an. Sejak itu, kereta ini dibiarkan sahaja di laman rumah tanpa diusik. Selepas hampir lima dekad, kereta ini ditemui kembali dalam keadaan usang ditumbuhi pokok dan berkarat.

Tetapi kondisi kereta itu yang jauh dari showroom condition langsung tidak memudarkan minat peminat kereta vintaj ini. Syarikat lelongan Worldwide Auctioneers sangat teruja untuk melelong kereta itu yan mereka gambarkan ‘sebuah kereta GT vintaj terbaik yang muncul dalam beberapa tahun ini’.

Ianya akan mula dilelong pada 18 Januari 2017 pada lelongan harga bermula USD375,000(lebih kurang RM1.6 juta) dan mungkin kereta ini terjual pada harga USD475,000 (lebih kurang RM2 Juta). Sangat hebat untuk sebuah kereta masih mempunyai nilai begini walaupun sudah usang dan perlukan proses restoration yang pastinya memakan masa dan wang.

Kereta ini bakal terjual dengan harga 100 kali ganda dari harga asalnya yang dijual pada tahun keluarannya. Aston Martin adalah jenama kereta kegemaran James Bond dan semestinya collector dari England yang akan lebih menghargai kereta ini. Dapatkan kereta ini terjual pada harga yang tinggi walaupun dalam keadaan begini? Kita nantikan 18 Januari nanti.