Anda mungkin mengenali Lazada dengan penjualan pelbagai barangan. Bermula dengan Milo, Nescafe sehinggalah kepada barangan kelengkapan rumah dan elektronik semuanya ditawarkan dibawah satu platform. Terbaru, Lazada bakal menambah sebuah lagi jaringan produk terbaru iaitu penawaran kereta secara online.

Vokswagen Malaysia dengan kerjasama bersama Lazada telah mengumumkan kolaborasi dimana mereka bakal menawarkan 12 unit Volkswagen Beetle yang bakal ditawarkan khas di laman Lazada. Lebih menarik, kesemua 12 unit Volkswagen Beetle yang ditawarkan merupakan model limited edition.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lazada_Beetles_Silver_04-e1512545959601-850×428

Lazada_Beetles_Red_05-e1512545930212-850×527

Beberapa warna menarik yang ditawarkan buat para pengguna adalah Pure White yang diinspirasikan daripada filem Herbie 53, White Silver dan juga ‘Hot Bug’ yang didatangkan dengan warna Tornado Red.

Para pengguna berpeluang terawal berpeluang menempah Volkswageen Beetle edisi terhad dengan harga RM112,112 bermula 12 Disember 2017 sehingga 14 Disember 2017. Memperlihatkan kepada bilangan unit yang dijual kami yakin kesemuanya bakal habis ditempah menjelang hari pembukaan kempen Lazada Online Revolution pada 12 Disember 2017.

Sumber