Kereta BMW 750iL milik Tupac Shakur dan juga tempat beliau mati ditembak telah dijual dengan lelongan sebanyak RM7 juta.

Celebrity Cars Las Vegas melaporkan bahawa kereta tersebut adalah kereta sebenar yang menyaksikan kejadian Tupac mati dibunuh selepas meninggalkan perlawanan tinju di MGM Grand pada 1996.

“Ia didorong oleh Suge Knight dan pada asalnya dipajak oleh Death Row Records.

“Inilah kali pertama kereta ini pernah dijual atau dipamerkan sejak kematiannya pada tahun 1996,” lapor Celebrity Cars Las Vegas.

Kereta yang digunakan oleh penyanyi hip hop tahun 90’an ini pernah tersenarai di dalam Moments in Time dengan harga RM6 juta tetapi tidak berjaya mendapat sambutan.

Penjaga kepada kereta ini menyatakan bahawa BMW 750iL ini telah dipulihkan sepenuhnya kepada keadaan asal – keadaan sebelum kejadian pembunuh Tupac.

Walau bagaimanapun, Celebrity Cars Las Vegas melaporkan bahawa wujud lubang kecil di salah satu bahagian kereta akibat daripada peluru yang membunuh Tupac.

Namun, setelah diubahsuai beberapa bahagian, kereta itu ‘berjalan lancar dan berada dalam keadaan yang sangat baik.

Pac mati dibunuh pada 13 September 1996 selepas perlawanan tinju di antara Bruce Seldon dan Mike Tyson di MGM Grand, Las Vegas.

Penyanyi hip hop ini ditembak di bahagian lengan, paha dan dada. Dilaporkan bahawa salah satu peluru telah memasuki bahagian paru-paru kanan.

Dia meninggal dunia akibat pendarahan dalaman semasa di ICU dengan penyebab kematian adalah disebabkan kegagalan untuk bernafas.

Pada tahun 2018, Suge J.Knight pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Tupac sebenarnya masih hidup dan sedang berada di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Suge J. Knight Dakwa Tupac Shakur Masih Hidup Dan Berada Di Malaysia

Nike Hasilkan Koleksi ‘West Coast’ Inspirasi Daripada Tupac