Sejak mula Porsche komited untuk memperkenalkan kereta elektrik, jenama ini sudah menyasarkan untuk menjadi pesaing kepada jenama Tesla. Dalam usaha untuk mengekalkan sebagai kereta berkuasa tinggi dan kelihatan sporty model Porsche Taycan nampaknya bakal ditawarkan buat para pengguna tidak lama lagi.

Melalui model ini, Porsche Taycan nampaknya bakal menawarkan servis pengecasan secara percuma selama tiga tahun berturut-turut buat para pengguna di Amerika Syarikat. Usaha ini turut memerlukan Porsche untuk menghasilkan sebanyak 500 tempat pengecasan Porsche sekitar Amerika Syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Electrek

Mengulas mengenai teknologi bateri yang digunakan Porsche, model ini berpeluang bergerak sejauh 96.5 kilometer melalui pengecasan selama empat minit.

Porsche Taycan dijangka bakal diperkenalkan secara rasmi kepada umum di Frankfurt Motor Show pada September ini dan bakal ditawarkan kepada pengguna seawal 2020 dengan harga $90,000 (RM367,920.00) sehingga $140,000 (RM572,320.00).