Sekiranya anda lahir pada era 70-an dan 80-an pastinya anda cukup kenal dengan drama ikonik pada zaman tersebut iaitu Knight Rider yang mula ditayangkan pada tahun 1982.

Berjaya menarik perhatian ramai menerusi kereta yang serba canggih ditambah dengan beberapa teknologi futuristik antara yang membuatkan drama ini menjadi ikonik.

101842229_953886095071760_4910455711013306095_n.v2
Sumber: facebook klregistry
103030238_953886048405098_1650850297494614707_n.v2 (1)
Sumber: facebook klregistry

Hampir empat dekad berlalu, siapa sangka model Knight Industries Two Thousand yang diubah suai daripada model Pontiac Firebird Trans Am tampil untuk dijual dengan harga RM650,000.

Apa yang lebih menarik, model ini turut menampilkan rekaan dalaman dan luaran seperti Knight Industries Two Thousand dengan penyertaan dashboard yang unik dan serba lengkap.

102404036_953885911738445_7840429268335810261_n (1).v2
Sumber: facebook klregistry
103126939_953885991738437_2071382273848316334_n.v1
Sumber: facebook klregistry

Kehadiran model ini di Malaysia serta sedia untuk dijual nyata membuatkan orang ramai teruja khususnya mereka yang membesar dengan menonton drama Knight Rider. Anda boleh klik di sini untuk ke laman penawaran model legend ini.

Sebelum ini, kenderaan ‘Back To The Future’ telah diiklankan untuk dijual di Sarawak dengan harga sekitar RM198,000. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Kenderaan ‘Back To The Future’ Di Sarawak Sedia Dijual Dengan Harga RM198,000

Kancil ‘Cabriolet’ Di Klang Ini Sedia Dijual Dengan Harga Serendah RM2,000