Baru-baru PLUS telah mengumumkan bakal menawarkan sokongan RFID pada semua plaza tol sekurang-kurangnya satu laluan pada awal tahun 2022 bagi memudahkan dan mempercepat urusan orang ramai ketika berada di mana-mana plaza tol.

Bagaimanapun, ada seorang pengguna tol ‘tidak bernasib baik’ beberapa hari lalu apabila keretanya merempuh palang tol RFID yang tutup secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan beberapa kerosakkan pada bahagian kenderaan. Video insiden tersebut telah dimuat naik pada TikTok miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@j_cy99/video/7041206883234876698?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8Ha85k0TYlNKB%2FE0%2Bh7wAXzU6WzYBC%2FOeFc7Frt7CjrJM5hiHTL3WFENgxD7HFR4d2Um%2FJEAAzoAhgrrSGgA%3D&language=en&mid=6586947002464996102&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA7IDCF98A1gvK_z3W9LgEiQ3djCCida8R0cp4YU2tBR78q4jp2S4g-uQbw9Sv76vm&share_app_id=1180&share_item_id=7041206883234876698&share_link_id=e76d3eb9-f2cf-4fd1-8efb-b3c8e2695de4&source=h5_t&timestamp=1639581367&u_code=dc98ha4gdgc918&user_id=6824386317050528770&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Pada awal video, apabila pemandu masuk di laluan RFID, palang telah terbuka dan skrin menunjukkan bayaran tol telah ditolak. Namun, dalam sekelip mata palang tol RFID itu tertutup secara tiba-tiba ketika kereta sedang keluar dari laluan tersebut.

Pengguna TikTok yang lain memberikan maklum balas kepada wanita itu untuk mendapatkan ganti rugi terhadap pihak plaza tol kerana berlakunya kesilapan pada sistem RFID berkenaan.

Sumber Gambar: TikTok @j_cy99
Sumber Gambar: TikTok @j_cy99
Sumber Gambar: TikTok @j_cy99

Tambah orang ramai lagi, nasib baik ada dashcam pada kereta tersebut kerana ia dapat menguatkan lagi bukti bahawa sistem RFID menghadapi masalah sewaktu kejadian tersebut berlaku.

*Ikuti perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara melalui laman Facebook terbaharu kami, Vocket Car Club.

Setiap plaza tol yang mempunyai sistem RFID selepas ini turut dilengkapi dengan kamera untuk menangkap nombor plat dan sistem AI bagi memudahkan akses.

Tol RFID Dilengkapi Kamera Pengecaman Nombor Plat Dan Sistem ‘AI’ Mula Beroperasi

Green Packet Bakal Uji Konsep Sistem Tol Tanpa Palang Pertama Di Malaysia Awal 2022

Sumber