Ada segelintir pemilik masih berdegil membiarkan haiwan ternakan masing-masing berkeliaran sehingga mengundang kemudaratan kepada orang ramai serta kemudahan awam.

Baru-baru ini seorang lelaki terperanjat apabila melihat ada seekor kerbau berada berhampiran keretanya yang diletakkan hadapan kilang di kawasan perindustrian Klebang Bistari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih membuatkan lelaki tersebut terperanjat apabila dia menghampiri keretanya dan mendapati terdapat kesan kemek serta cermin sisi pada bahagian kiri kereta akibat disondol oleh kerbau yang datang tanpa diundang.

Oleh kerana mahu meminta ganti rugi daripada pemilik kerbau terbabit, lelaki itu telah berkongsi video dan gambar di dalam Facebook Group untuk mendapatkan pertolongan orang ramai bagi mencari siapakah pemilik kerbau yang berada di berhampiran kawasan perindustrian itu.

Hantaran tersebut telah meraih perhatian penduduk sekitar kawasan itu yang simpati dengan kejadian yang menimpa terhadap pemilik Proton Saga tersebut. Rata-rata orang ramai menyarankan lelaki itu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Bahkan ada yang mencadangkan untuk lelaki itu mengekori kerbau terbabit sehingga berjumpa dengan tuannya bagi memudahkan dia menuntut ganti rugi atas kerugian yang dialami.

Sumber Gambar: Facebook Group Warga Klebang Ipoh
Sumber Gambar: Facebook Group Warga Klebang Ipoh
Sumber Gambar: Facebook Group Warga Klebang Ipoh
Sumber Gambar: Facebook Group Warga Klebang Ipoh
Sumber Gambar: Facebook Group Warga Klebang Ipoh
Sumber Gambar: Facebook Group Warga Klebang Ipoh

Menurut pemilik Proton Saga ini, dia sudahpun membuat laporan kepada Majlis Bandaran Ipoh dan menunggu pihak berkuasa untuk menangkap kerbau terbabit bagi mengelakkan perkara yang sama berulang lagi.

Sebelum ini pihak polis pemilik haiwan ternakan yang tidak bertanggungjawab boleh diheret ke mahkamah membabitkan kesalahan mengenai kesihatan, keselamatan, kemudahan, kesopanan dan akhlak awam di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan iaitu cuai dalam menguruskan haiwan.

Baca lagi tiga artikel pilihan pembaca The Vocket sepanjang minggu ini melalui pautan di bawah.

Dakwa Konsep Tudung Diciplak Jenama Terkenal, Netizen Simpati Lihat Pemuda Ini Menangis

Naik Range Rover Di Padang Pasir Untuk Muzik Video, ‘Jihad’ Caprice Cetus Pertikaian Netizen

Pemuda Ini Dakwa Lamborghini Terlibat Kemalangan Hanya Kereta Sewa?

Sumber