Hafiz Hamidun merupakan seorang penyanyi dan juga usahawan berjaya yang cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia. Walaupun beliau bergelar jutawan, tetapi beliau sentiasa berusaha bekerja mencari rezeki dan tidak berputus asa untuk mencapai kejayaan.

Menurut Hafiz, bukan hanya membuat muzik tetapi beliau juga ada membuat pelaburan dan membeli hartanah. Di samping itu, beliau yang memiliki perniagaan mempunyai tanggungjawab terhadap pekerja, bayar zakat dan cukai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum dirinya berjaya seperti sekarang, Hafiz berkongsi kesusahan beliau pada awal pembabitannya dalam bidang seni pada sekitar tahun 2004 hingga 2005. Menurutnya, beliau pernah hanya memiliki RM1 sahaja dan membeli mi segera dengan wang itu untuk mengisi perutnya yang lapar.

Tambahnya lagi, beliau pernah membeli kereta tetapi keretanya terpaksa ditarik disebabkan 2 bulan tidak bayar kerana wang yang ada hanya cukup untuk makan. Pengalaman tersebut pernah membuatkan dirinya menangis ketika itu.

Disebabkan itu, beliau berusaha keras untuk mencapai kejayaan ketika ini dan menasihatkan anak muda untuk tidak berputus asa serta berusaha untuk mencapai kejayaan.

Tahun ini memang tahun yang mencabar untuk semua orang, oleh itu kami kongsikan beberapa kisah inspirasi untuk anda pada pautan di bawah ini.

Pernah Diketawakan Bekerja Sebagai Juruwang, Pemuda Ini Bangkit Menjadi Pereka Fesyen Muda

11 Tahun Keliling Dunia, Kisah Juruterbang Yang Kini Jadi ‘Pilot’ Van Jenazah Curi Perhatian Netizen

Mula Gali Kubur Sejak Umur 12 Tahun, Lelaki Ini Pilih Jadi Pemandu Van Jenazah Sebagai Kerjaya

Sumber