Pernah tak anda terfikir bagaimana kereta jika diperbuat daripada kayu? Toyota bakal mempamerkan ‘Setsuna’ di Milan Design Week 2016, kereta konsep Toyota yang akan diperbuat sepenuhnya daripada kayu.

Ianya diperbuat daripada 86 panel kayu yang dipotong dengan tangan. Jika badan kereta ini perlu diperbaiki, bahagian panel yang rosak sahaja akan diganti. Jadi kereta ini boleh dikatakan mudah untuk dijaga berbanding kereta yang diperbuat daripada logam.

Kayu cedar Jepun dipilih untuk menghiasi ruang dalaman kereta ini kerana iranya yang cantik dan kayunya lebih fleksibel untuk dibentuk. Kayu castor aralia pula dipilih untuk bahagian tempat duduk kerana tekstur kayunya yang lebih halus.

Setsuna bukanlah sekadar kereta hiasan kerana kereta ini boleh bergerak seperti kereta lain. Persoalan utama kereta ini adalah bagaimana ketahanannya dalam suhu panas? Kalau ada serangan anai-anai? Kita tunggu dan lihat kereta ini muncul di Milan nanti.

toyota-setsuna-wooden-car-01

toyota-setsuna-wooden-car-03

toyota-setsuna-wooden-car-04

toyota-setsuna-wooden-car-05

toyota-setsuna-wooden-car-06

Sumber