Laluan SmartTag dibuka bagi memudahkan dan menjimatkan masa setiap kali kenderaan melalui kawasan tol. Akan tetapi, pasti ada saja pengguna jalan raya tidak bertanggungjawab yang menyebabkan ‘kesesakan’ pada laluan tersebut.

Satu rakaman video dashcam tular di Twitter menunjukkan sebuah motosikal tiba-tiba mencelah di laluan SmartTag mengekori Toyota Estima. Perbuatan tersebut menyebabkan kereta dibelakangnya telah melanggar palang tol yang sedang tutup kerana sensor palang tol telah mengesan objek (motosikal) melepasi tol tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1374721124433424387

Rata-rata ramai netizen tidak berpuas hati dengan tindakan penunggang motosikal tersebut dan berkongsi pengalaman yang pernah terjadi pada diri mereka sendiri.

vocket-motosikal-lalu-laluan-smarttag-7
Sumber Gambar: Twitter
vocket-motosikal-lalu-laluan-smarttag-5
Sumber Gambar: Twitter

vocket-motosikal-lalu-laluan-smarttag-6

vocket-motosikal-lalu-laluan-smarttag-8
Sumber Gambar: Twitter
vocket-motosikal-lalu-laluan-smarttag-2
Sumber Gambar: Twitter

Netizen meminta penunggang motosikal untuk menggunakan laluan yang telah disediakan khas untuk mereka kerana ianya percuma dan dapat mengelak dari kejadian yang tidak diingini.

Pernahkah anda mengalami situasi yang sama? Kongsikan pengalaman atau pendapat anda pada ruangan komen.

Pada minggu lalu, tular satu rakaman video menunjukkan sebuah van melepasi palang semasa ujian sistem RFID tanpa memperlahankan kenderaan.

Sepantas Kilat Lepasi Palang, Ujian RFID Bayar Tol Tanpa Perlu Berhenti Tular

Diekori Myvi Elak Bayar Tol, Lelaki Ini Kongsi Detik-Detik Sebelum Kejadian Di LPT

Sumber