Di mana anda nak cari sebuah tempat lapang yang sudah dinaiki semak samun tetapi penuh kereta mewah? Anda perlu ke China. Di sebuah lot parkir di Chengdu, China, terdapat sekurang-kurangnya dua buah Bentley, dua buah Land Rover dan 3 buah Mercedes Benz ditinggalkan di sini tanpa dituntut.

Semua kereta-kereta ini mempunyai persamaan; semuanya ditinggalkan oleh tuan mereka. Terdapat lebih 200 buah kereta di kawasan ini dan ada antara kereta di sini telah dinaiki pokok disekelilingnya kerana sudah terlalu lama dibiarkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2-29

Dua buah Bentley, satu Bentley Continental GT dan Bentley Flying Spur, berharga sekurang-kurangnya 3 million Yuan (lebih kurang RM1.8 juta) di China. Majoriti kereta ini dibiarkan sahaja tanpa dituntut adalah kerana kereta-kereta ini mempunyai rekod jenayah. Jadi oleh sebab itulah pemilik-pemilik kereta di sini tidak menuntut pun kereta-kereta ini.

Pihak berkuasa berdepan masalah kerana kereta-kereta ini tidak dituntut dan menyebabkan kawasan ini sesak dengan kereta. Salah satu cara untuk mereka mengurangkan bilangan kereta di kawasan ini adalah dengan melelong sebahagian kereta-kereta ini kepada orang awam. Untung siapa yang dapat beli kereta Bentley itu nanti.

Bukan di China sahaja, di Malaysia pun banyak juga kereta yang tidak dituntut di depot polis. Kebanyakkannya juga mempunyai masalah yang sama; kereta terlibat dengan aktiviti jenayah. Tuan punya kereta Bentley dan Mercedes itu mesti kaya raya. Buat tak kisah sahaja kereta mewah mereka mereput di sini.

3-29

5-27

6-26

7-24

4-29