Bertepatan dengan visi Tun Mahathir untuk melahirkan sebuah lagi syarikat kereta nasional dalam membuka peluang pekerjaan buat orang ramai, pelan ini nampaknya bakal diteruskan.

Kenyataan ini disahkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Yang Berhormat Mohd Redzuan Md Yusof yang menyatakan model pertama kereta nasional daripada syarikat terbaru ini bakal diperkenalkan sebelum 2020. Pengenalan kereta terbaru ini juga sekaligus bakal dikeluarkan lebih pantas daripada jangkaan sebelum ini.

Mohd_Redzuan_Md_Yusof_0307d
Menteri Pembangunan Usahawan,  Yang Berhormat Mohd Redzuan Md Yusof. Sumber: malaymail

Mengulas mengenai projek yang dijalankan, setakat ini pihak syarikat sedang cuba untuk mencari beberapa syarikat yang berminat untuk bekerjasama bagi melahirkan model kereta sulung ini. Berdasarkan jangkaan dijangkakan model prototaip model ini bakal disiapkan seawal suku pertama tahun 2019.

Difahamkan pembinaan model kereta syarikat terbaru ini juga sedikit berbeza berbanding Proton dimana ianya menggunakan teknlogi terbaru bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan Industri 4.0.

Pada masa yang sama, Vietnam turut akan menghasilkan kereta nasional pertama mereka, VinFast pada tahun hadapan.

Bagaimana agaknya model kereta yang bakal diperkenalkan hasil ilham Tun Mahathir ini? Sama-sama kita nantikan model ini yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan.

Sumber