Pasti ramai yang masih meragui atau skeptikal dengan teknologi kereta pandu sendiri yang kini giat dibangunkan oleh syarikat-syarikat besar dunia seperti Google dan Uber.

Semalam, salah satu kereta pandu sendiri oleh Google, Lexus RX450h telah terlibat dalam satu kemalangan di California. Tetapi punca kemalangan tersebut bukan berpunca daripada masalah sistem. Kemalangan itu berpunca daripada sebuah van yang melanggar lampu merah dan ketika kemalangan, lampu di laluan Lexus RX450h ini sudah hijau lebih dari 6 saat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam satu kenyataan, kemalangan yang disebabkan human error menyumbang kepada 94% kemalangan di Amerika dan ini menyebabkan syarikat-syarikat seperti Google dan Uber ingin memajukan teknologi pandu sendiri ini untuk memastikan jalan raya lebih selamat di masa hadapan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kemalangan ini. Adakah teknologi pandu sendiri ini jawapan untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya di masa hadapan? Sesuatu yang menarik untuk difikirkan.

Sumber