Anda mungkin mengenali Nvidia sebagai pengeluar kad grafik terbesar dunia selain daripada selain daripada ATI. Walaubagaimanapun, sejak 5 tahun terakhir ini, Nvidia telah mula menambah suatu lagi kepakaran mereka khususnya di dalam bidang automotif.

Melalui CES 2017 yang berlangsung baru-baru ini, Nvidia telah mengumumkan kerjasama bersama syarikat Audi dimana kedua-dua syarikat bakal menghasilkan kereta pandu sendiri menjelang 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan kerjasama ini, Audi bakal mengfokuskan kepada pemilihan model kereta manakala Nvidia lebih mementingkan aspek AI dan ‘self driving’. Daripada demo yang dipertunjukkan, self driving car keluaran Nvidia dan Audi ini berjaya menampilkan fungsi yang lebih daripada apa yang kami jangkakan.

Tonton bagaimana kerjasama Audi dan Nvidia ini mampu mengesan rintangan jalan serta keadaan yang berbeza dengan cepat. Futuristik betul!

Selain Audi, Nvidia turut mengumumkan kerjasama bersama Mercedes-Benz pada hari ini dan menjanjikan pengeluaran ‘AI car’ setahun daripada sekarang. Penyertaan fungsi facial recognition dan gaze tracking bakal membantu pemandu untuk memandu dengan lebih baik berdasarkan jenis jalan dan cuaca yang dilalui.

Sumber