Ada orang mengadu bahawa keretanya “dijual” kepada pihak ketiga secara “sambung bayar”.

6 bulan pertama bayaran pada bank OK je. Tiada masalah.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Lepas tu dah tak berbayar berbulan-bulan dan bank mula asyik telefon minta “payment”.

Pengadu beritahu ada Perjanjian Sambung Bayar dibuat dan disetemkan.

Sekarang dah bermasalah.

  • Ansuran kereta tak berbayar.
  • CCRIS dah tak cantik.
  • Kereta tak jumpa, bank tak dapat tarik.
  • Nak beli HARTANAH, loan kena reject.
  • Jumlah terhutang makin meningkat sebab tak bayar dan campur “penalti” lewat bayar/ caj lewat bayar.

Nak buat macamana?

Pandangan saya, kereta yang dibeli secara sewabeli/ hire purchase/ pembiayaan adalah milik bank.

Kalau anda baca HIRE PURCHASE AGREEMENT dan di bawah Akta Sewa Beli, bank di namakan sebagai “OWNER” dan pembeli kereta di namakan sebagai “HIRER”.

Dalam pembiayaan Islamik, biasanya hakmilik diserahkan pada bank dan bank sewakan semula pada anda hingga habis bayar pembiayaan, dan selepas itu ada kontrak jualbeli semula antara bank dan anda.

Ringkasnya, anda bukan “OWNER” sehingga habis bayar pada bank.

Jadinya anda tak boleh buat sesuka hati anda, termasuk membenarkan orang ambil kereta dan sambung bayar.. sebab anda bukan OWNER..

Amalkan jual dengan betul dan tukar nama terus.

Memang ada yang kena “top up” LOAN sebab harga kereta jatuh banyak dan kalau jual pun tak “cover loan”.

Tapi risiko undang-undang dengan benarkan kereta nama anda disambung bayar adalah LEBIH TINGGI.

Jadi kene pertimbangkan sama ada RUGI sikit atau RUGI banyak.

Mungkin boleh “refinance” semula kereta anda dengan “menjualnya” pada pasangan anda dan buat “HIRE PURCHASE” baru.

Berbeza dengan HARTANAH, anda boleh ambil pemilikan tanpa TUKAR NAMA terlebih dahulu melalui cara-cara yang SAH.

Dan HARTANAH selalu naik harga. Nilainya biasa lebih tinggi dari hutang melainkan dilelong bawah harga pasaran.

Ingat, selagi berhutang “HIRE PURCHASE” dengan BANK, BANK adalah pemilik kereta.. BUKAN KITA..!!!

Artikel di atas disumbangkan oleh Nazri Mustafa. Peguam. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka