Now everyone can fly. Nampaknya AirAsia memang mahu semua orang terbang walaupun bukan dengan menaiki kapal terbang. Tiga hari lalu, CEO AirAsia berkongsi di laman Instagram beliau tentang projek terbaru syarikat berkenaan. Pada penerangan gambar berkenaan, dengan nada bergurau Tony berkata ianya mungkin boleh jadi pengangkutan Uber di masa akan datang.

Setelah membuat sedikit kajian, lelaki yang menerbangkan drone berkenaan dikenali sebagai Kyxz Mendiola, jurugambar yang berasal dari Filipina. Beliau merupakan jurugambar dan videographer untuk Inline Films.

Drone ini dibina sendiri oleh Mendiola. Beliau mula ‘bermain’ dengan ciptaan beliau pada 26 April. Selepas daripada tarikh ini, beliau mula memperbaiki model yang asal (flying hoverboard) sehingga menjadi model paling baru yang dimuat naik oleh Tony, Gravity X.

Masih belum ada maklumat lanjut tentang projek Gravity X ini dan bagaimana AirAsia membantu untuk projek ini. Jika prototype Gravity X dapat dijayakan oleh kedua-dua pihak, Mendiola boleh dianggap sebagai Tony Stark Filipina kerana berjaya menghasilkan ‘kereta terbang’ epik seperti ini. All the best to AirAsia dan Mendiola!