Sebut sahaja mengenai kereta terpantas dunia, pastinya jenama Bugatti antara yang diingati ramai. Selain itu, jenama-jenama hypercar dari Eropah antara yang menjadi sebutan serta idaman para peminat automotif.

Dalam pada itu, siapa sangka jenama dari Amerika Syarikat ini iaitu SSC Tuatara berjaya memecah dominasi hypercar keluaran Eropah apabila baru sahaja mencatat rekod baharu sebagai kereta terpantas dunia dengan rekod 532km/h.

5f8dd12c9e9fe4001900a25e

Hadir sebagai kereta yang sah untuk digunakan atas jalan raya, hypercar ini mencatat rekod baharu berbekalkan enjin V8 5.9liter dwi-turbo dengan 1,750 kuasa kuda.

Mengulas dari segi harga, model yang sangat eksklusif ini hadir dengan harga yang premium bermula daripada $1.6 juta (RM6.63 juta) sehingga $1.9 juta (RM7.88 juta) serta terhad buat 100 pembeli sahaja. Pastinya agak menarik untuk menantikan siapakah pembeli bertuah yang mendapatkan kereta terpantas dunia ini.

ezgif-7-6026811ab72f

Rekod terbaru yang tercipta SSC Tuatara ini sekaligus berjaya melenyapkan rekod sebelum ini dibuat oleh jenama Buggati menerusi model Chiron Super Sport. Anda boleh tonton video di bawah untuk menonton saat SSC Tuatara mencipta rekod kereta terpantas dunia.

Kenali juga dengan jenama TIMOR yang merupakan kereta nasional pertama Indonesia yang dilupakan dunia.

TIMOR, Jenama Kereta Nasional Pertama Indonesia Yang Dilupakan Dunia

Kemalangan Paling Mahal Melibatkan McLaren 720s Yang Berharga RM1.49 Juta Di Lebuh Raya MEX