Sejak pelancaran model Tesla Roadster pada tahun 2017, banyak syarikat-syarikat kereta berkuasa tinggi ‘tidak senang duduk’ kerana kemampuan kereta elektrik tersebut mampu menggugat pasaran mereka pada masa akan datang.

Nampaknya ‘mimpi ngeri’ buat syarikat-syarikat kereta tersebut bertambah perit apabila Elon Musk telah mengesahkan model Tesla Roadster mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 1.1 saat dalam satu satu ciapannya baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kelajuan yang sangat ‘luar biasa’ ini mengejutkan ramai pihak kerana belum pernah lagi dalam sejarah dunia automotif dunia ada sesebuah kereta boleh mencapai kelajuan begitu.

vocket-elon-musk-sahkan-tesla-roadster-1
Sumber Gambar: Electrek.co

Menurut beliau, kereta Tesla Roadster hanya boleh mencapai kelajuan tersebut itu dengan menggunakan pilihan pakej ‘SpaceX Rocket Thruster’. Alat tersebut digunakan membantu ‘menambah kuasa’ untuk menerbangkan roket SpaceX dan kini ia akan dipasang pada bahagian belakang kereta.

Tambah beliau lagi, kereta tersebut tidak sesuai untuk dinaiki oleh sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan kerana ia mempunyai kesan yang sama seperti menaiki roller coaster.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana kereta ini boleh memecut pada kelajuan ‘luar biasa’ dengan menggunakan teknologi daripada roket SpaceX. Sama-sama kita nantikan ‘demo’ kereta ini yang Elon Musk akan tunjukkan kepada dunia pada masa akan datang.

Kehadiran trak ‘kalis peluru’ Tesla Cybertruck di tapak pembinaan pada bulan lalu telah mendapat perhatian orang ramai.

Kehadiran Tesla Cybertruck Ke Tapak Pembinaan Raih Tumpuan Orang Ramai

Dipopularkan Elon Musk, Internet Starlink Dijangka Bakal Ditawarkan Di Malaysia Seawal 2022