Keretapi laju Jepun ‘magnetic levitation‘ atau singkatannya Maglev merupakan satu lagi projek bullet train yang dibina di Jepun.

Dan kali ini, Maglev ini bergerak lebih pantas dan baru saja memecahkan rekod lama (yang baru berusia seminggu) dengan mencatat kepantasan terbaru pada kadar 374 mph dalam ujian yang dibuat pada 21 April baru-baru ini.

Ujian ini telah dijalankan di trek Yamanashi di mana para jurutera telah menetapkan kelajuan pada 10.8 saat bagi setiap 1.8km (1.1 batu) atau bersamaan dengan 600km sejam (ie 370 batu per jam).

Jika dibuat perbandingan secara perspektif, ia umpama merentasi 25 padang bola sewaktu anda habis membaca 3 baris akhir ayat dari artikel ini.

Japan Railway menjalankan ujian dengan teliti dan ekstensif sebelum dapat memutuskan tahap kelajuan paling ideal bagi keretapi Maglev apabila mula beroperasi nanti.

Laluan dari keretapi Maglev adalah dari Tokyo ke Nagoya dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2027.

Buat masa ini masa yang diambil dari Tokyo ke Nagoya adalah selama 5 jam dengan menaiki kereta. Tetapi apabila Maglev ini beroperasi nanti, tempoh perjalanan dapat disingkat menjadi hanya selama 40 minit sahaja. Wow!

Jika diambil kira komitmen Japan Railway untuk Maglev ini, lihat saja bagaimana mereka melakukan test run ini. Operasi sepenuhnya untuk keretapi ni adalah 12 tahun dari sekarang tapi lihatlah bagaimana mereka melakukan berbagai ujian dengan teliti sebelum ia benar-benar boleh digunakan.

Jom saksikan bagaimana kerepai Maglev ini berlari pantas dalam video berikut. Serius kagum!

Sumber : Hypebeast.com

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram