Sebelum ini, Mila Jirin menerima pelbagai komen negatif selepas memuat naik video menangis apabila mengetahui berita perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Terbaharu, Mila Jirin menzahirkan rasa kecewa apabila menerima beberapa kiriman mesej yang keterlaluan daripada netizen. Menerusi perkongsiannya, beliau dituduh ‘goyang kaki’ sebagai majikan.

Lantaran itu, Mila menegaskan bahawa dirinya bekerja setiap hari selama 15 jam bagi memastikan pekerjanya bergaji. Sekaligus menolak dakwaan dirinya majikan yang hanya tahu goyang kaki untuk terima keuntungan.

Walau bagaimanapun, Mila tetap memandang dari sudut positif dan tetap yakin dengan perancangan Allah meskipun ditimpa pelbagai ujian.

Tahukah anda bahawa Mila Jirin pernah jual kek dan durian demi bayar gaji pekerja disebabkan syarikat mengalami kerugian? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Selepas Kek, Mila Jirin Jual Durian Pula Demi Bayar Gaji Pekerja Kerana Syarikat Mengalami Kerugian

Syarikat Mengalami Kerugian, Mila Jirin Terpaksa Jual Kek Untuk Bayar Gaji Pekerja

Tuah Bisnes Majlis Perkahwinan, Mila Jirin Kini Miliki 10 Aset Hartanah

Anda Mungkin Suka