Hard work pays off. Joseph Schooling adalah perenang yang hebat kerana berjaya mengalahkan Michael Phelps; perenang legendary Amerika Syarikat dalam acara 100m Gaya Kupu-kupu; menjadikan beliau rakyat Singapura pertama yang membawa pulang pingat emas Olimpik ke negara republik itu.

Schooling, berusia 21 tahun memenangi acara tersebut dengan catatan masa 50.39 saat. Menjadikan acara ini lebih unik dan memorable adalah terdapat 3 orang pemenang pingang perak, Michael Phelps, Chad Le Clos dan Laszlo Cseh yang ketiga-tiga mereka menamatkan renangan pada catatan masa 51.14 saat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

schooling 3

Schooling berjaya mengekang rekod perfect Phelps di Olimpik dan acara ini merupakan acara terakhir Phelps di Olimpik. “Saya bangga dengan pencapaian Joe ini,”kata Phelps kepada akhbar The Guardian sejurus beliau dikalahkan Schooling dalam acara ini.

Phelps merupakan idola Schooling dalam sukan renang ini. Pada tahun 2008, Schooling berjumpa buat pertama kali dengan idolanya itu ketika Phelps membuat lawatan ke Singapura bersempena Olimpik Beijing. 8 tahun kemudian, hasil usaha dan latihan yang intensif, beliau berjaya mengalahkan idolanya; sesuatu yang tidak beliau sangka.

Masih segar dalam ingatan pertemuan pertama kali beliau dengan Phelps. “Semua orang panik apabila Michael Phelps datang ke tempat kami. Itu Michael Phelps! Dan saya memang mahu bergambar dengan dia,” kata Schooling.

Selepas pertemuan itu, Schooling tetapkan dalam hati yang beliau mahu menjadi seperti Phelps dan ingin menjadikan sukan renang sebagai karier beliau. Sejak pertemuan itu beliau sangat komited dengan sukan renang dan dalam masa 3 tahun (2011), Schooling telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Pada usianya 17 tahun (2012), beliau sudah berjaya berlumba bersama Michael Phelps. 2012 adalah tahun kali pertama Schooling mewakili Singapura untuk acara renang di sukan Olimpik.

Ketika di sukan Olimpik berkenaan, beliau tidak berjaya menempatkan diri di peringkat semi-final kerana mempunyai masalah dengan goggle yang dipakainya. Masalah goggle itu sedikit sebanyak menggangu prestasi Schooling untuk berenang dengan baik.

Phelps adalah insan yang sekali lagi menjadi hero kepada Schooling. Selepas acara tersebut, Phelps adalah insan yang memberi motivasi kepada Schooling untuk terus berusaha dan tidak putus asa di sukan Olimpik akan datang. “Awak masuk muda masih jauh perjalanan dalam sukan ini. Ini semua adalah proses pembelajaran dan awak hanya perlu terus ke depan,” kata Schooling bercerita tentang momen itu. “Saya tahu, semakin saya berusia, saya akan menjadi lebih kuat dan mungkin boleh kalahkan beliau,” tambah Schooling.

schooling 2

Semuanya menjadi kenyataan di Olimpik Rio apabila beliau berjaya mengalahkan idolanya itu. Phelps adalah insan pertama yang mengucapkan tahniah kepada Schooling selepas beliau memenangi acara itu. Pure sportsmanship. Phelps sebelum ini berhasrat untuk menggunakan pencapaian beliau di Olimpik untuk membantu perkembangan sukan renang dan melihat pencapaian Schooling, boleh dikatakan beliau berjaya dalam usahanya ini.

Kisah Schooling ini adalah kisah yang boleh dijadikan tauladan untuk kita semua. Jangan cepat mengalah jika berdepan kekalahan. Bangun dan terus menuju ke hadapan dan kejayaan akan tiba buat mereka yang cekal dan berusaha. Schooling adalah Gyrados negara Singapura buat masa ini. Tahniah buat Schooling!