Macam-macam kerja aku buat sepanjang menunggu housemanship di hospital kerajaan. Tutoring, research asistant,Grab dan Uber driver, barista, jual supplement, promoter, kedai makan, kerja mini market, kerja hotel,meniaga dekat bazar, jadi housewife dan banyak lagi lah.

Susah nak cari kerja yang sesuai. Tunjuk medical degree, mintak kerja promoter. Agak-agak la, takut majikan nak ambil kerja kan? Bagi aku rugi ada medical degree tapi tak guna dekat kerja yang boleh manfaatkan ijazah kau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi banyak faktor perlu diambil kira. Faktor terbesar, bukan semua tempat tinggal sekitar ada peluang kerja yang sesuai dengan medical degree kau.

Masa final pro exam, aku dah bosan study, biasanya aku browse mudah.my atau Facebook untuk mencari kerja kosong sekitar Melaka. Aku suka scroll berangan nak kerja apa sementara tunggu houseman. Sebab aku tahu memang perlu tunggu lama sebelum diplih menjadi houeseman.

Selesai sahaja urusan mendaftar MMC, aku terus mohon guru sandaran di PPD Daerah Melaka Tengah. Di borang tu sengaja aku tulis nama aku “Dr” dengan harapan dapatlah kerja guru sandaran sebab susah nak dapat dah sekarang ni

Selang dua ke tiga hari, aku dapat kerja sebagai guru sandaran bagi mata pelajaran fizik di SMJK Katholik Melaka. Semasa menjadi guru sandaran, aku juga turut memohon kerja di pusat tuisyen.

Bersama pelajar SMJK Katholik Melaka

Aku cakap aku boleh ajar petang dan hujung minggu sahaja. Dengan kepercayaan yang diberi pengurus pusat tuisyen, aku berjaya mendapat tempoh percubaan mengajar. Bayarannya rendah walaubagaimanapun buku dan tempat semuanya disediakan.

Masa lapang di sekolah katholik, aku guna masa yang ada untuk bertanya cikgu-cikgu set-set soalan spm, PT3 yang mana aku tak ajar pun di sekolah itu.

Aku kumpulkan, fotostat dan ulang kaji. Kalau ada yang tak faham aku manfaatkan cikgu-cikgu dalam bilik guru tu. Cara tanda kertas, format baru semuanya aku manfaat dengan baik. Alhamdulillah semua cikgu-cikgu di sekolah tersebut sangat membantu.

Malam pulak, aku tolong ajar sedara nak exam PT3. Dibayar seikhlas hati. Aku tak tetapkan harga. Aku anggap sahaja sebagai latihan nak mengajar tuisyen. Maksudnya jadual aku memang penuh pagi petang dan malam. Kalau pada malam hujung minggu pula aku kerja sebagai pengacau dodol.

Masa tuisyen aku jumpa tutor yang buat home tutoring. Lepas beberapa bulan mengajar, aku berhenti menjadi guru sandaran. Fokus kepada pusat tuisyen dan tuisyen di rumah sahaja.

Aku tanya kadar harga home tutor serta cara nak iklankan perkhidmatan melalui Facebook dan mudah.my kepada tutor yang sudah lama membuat tuisyen di rumah ini. Kebanyakannya full time tutor dan ada yang masih belajar sebagai pelajar master di UTeM.

Bila gaji dah stabil, mereka ajarkan pula cara daftar syarikat (SSM) bagi membuatkan akaun memudahkan urusan membuat pinjaman membeli kereta dan rumah.

Aku mula rajinkan diri membaca buku kewangan, hartanah, sublet, sewaan, ASB dan unit trust. Sebab aku tahu sekarang nak mohon biasiswa untuk master agak susah, jadi aku perlukan sedikit simpanan bagi membiayai kos pembelajaran serta dengan harapan nanti gaji housemen tak boros. Haha.

Alhamdulillah dengan hasil kerja yang diusahakan berjaya juga membantu ibu di rumah belanja barang dapur dan membantu bisnes ibu.

Bila dah berhenti sebagai guru sandaran, aku mula bosan pulak bila pada waktu pagi tak ada kerja sampaikan terfikir kerja di kedai roti canai sahaja pagi-pagi. Sekurang-kuragnya ada juga hasil.

Tak berapa lama selepas itu ada sorang consultant anaest offer buat attachment di Putra specialist sebab kebetulan ajar anak dia tuisyen. Thanks to Datuk Dr Suffian. I choose surgical.

Sebabnya nak ulang kaji balik tentang scrub in dan dengan belajar suture. Paling tidak bila masuk housemen nanti adalah basic sedikit. One to one attachment with a consultant. Terima kasih padanya kerana mengajar aku pelbagai SOP mengenai surgical.

Begitulah jadual aku, pagi bekerja sebagai hospital attachment, petang dan malam termasuk hujung minggu sebagai guru tuisyen. Rasa-rasanya bila dah mula kerja sebagai housemen nanti mula rindu dengan kerja-kerja yang pernah aku buat ini.