Maxis telah bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk menawarkan lebih banyak nilai perjalanan kepada pelanggan Maxis dan Hotlink menerusi tiga program yang akan diadakan sepanjang tahun ini iaitu Tawaran Ultimate Travelicious Malaysia Airlines, Program Pelancongan Pelajar MHexplorer dan Diskaun Eksklusif Maxis dan Hotlink pada Aplikasi Mudah Alih MH.

Tawaran Ultimate Travelicious Malaysia Airlines

Melalui kerjasama ini, pelanggan Maxis dan Hotlink dapat menikmati diskaun tambahan pada tiket penerbangan semasa kempen Tawaran Ultimate Travelicious Malaysia Airlines yang diadakan dua kali setahun. Kempen pertama yang akan berlangsung dari 29 April hingga 13 Mei 2019 ini, pelanggan Maxis dan Hotlink boleh menikmati diskaun sehingga 55% dari tiket penerbangan antarabangsa dan domestik untuk tempoh perjalanan dari 29 April 2019 hingga 31 Mac 2020.

Huawei-Nova-5T-1280×720
HYPE
Rekaan Trendy Huawei Nova 5T Tampil 5 Kamera AI Dibuka Untuk Pra Tempahan Bermula Esok
Baca lagi →

Untuk menikmati tawaran ini , pelanggan Maxis dan Hotlink hanya perlu memuat turun MyMaxis, Hotlink RED, Hotlink Flex dan MyMaxis Biz Apps dari Google Play Store atau Apple App Store. Seterusnya, klik pada tawaran dan pilih “Tawaran Ultimate Travelicious Malaysia Airlines dan muat turun kod promo serta klik pada pautan di bahagian bawah halaman tawaran untuk membuat tempahan penerbangan.

cara booking flight vckt

Program Pelancongan Pelajar MHexplorer

Pelanggan Hotlink dan Maxis yang mendaftar untuk Program Pelancongan Pelajar MHexplorer akan berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke Bali, Tokyo, Seoul atau Osaka, dari sekarang hingga akhir bulan Mac 2020. Selain itu, semasa promo Friends & Family MHexplorer, yang berlaku dua kali setahun, pelanggan Maxis dan Hotlink dapat menikmati 2X Enrich miles apabila mereka membeli tiket penerbangan.

Diskaun penerbangan Maxis eksklusif pada Aplikasi Mudah Alih MH

Tawaran eksklusif untuk pelanggan Maxis dan Hotlink menunggu di Aplikasi Mudah Alih MH tiga kali setahun, bermula dari separuh kedua tahun ini, di mana mereka boleh menikmati diskaun sehingga 30% pada tiket penerbangan ke mana-mana destinasi, antarabangsa dan domestik. Pelanggan akan dimaklumkan apabila jualan bermula melalui aplikasi dan melalui SMS.

Setiap tawaran ini boleh didapati dengan memuat turun aplikasi MyMaxis, Hotlink RED, Hotlink Flex dan MyMaxis Biz Apps dari Google Play Store atau Apple App Store. Anda juga boleh terus melayari laman rasmi Malaysia Airlines untuk mengetahui terma dan syarat, cara-cara menempah tiket penerbangan dan tawaran yang ditawarkan oleh Maxis dan Malaysia Airlines.

Anda Mungkin Suka