Bagaimana sebuah syarikat baru mencipta nama dalam pasaran yang sungguh mencabar?

Bagaimana Facebook mencapai pendapatan USD $100 juta mereka yang pertama?

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Jawapannya bakal memeranjatkan anda – ia juga mungkin mengubah cara anda merencana strategi bisnes anda sendiri.

dan-rose
Dan Rose. All Things D

Pada tahun 2006, Mark Zuckerberg dan timnya lebih tertumpu kepada pengekodan Facebook berbanding meningkatkan pendapatan syarikat. Mereka mengupah Dan Rose dari Amazon.com sebagai Naib Presiden Pembangunan Perniagaan untuk meningkatkan pendapatan.

Dan belajar daripada Jeff Bezos, pengasas dan CEO Amazon.com, satu kerjasama bersaiz gergasi dapat melonjakkan pendapatan syarikat ke tahap yang sangat tinggi.

Beliau memerhatikan bagaimana Myspace mula mendapat tawaran-tawaran besar melalui pemiliknya yang baru, Rupert Murdoch.

myspace-rupert
Pengasas bersama Myspace, Chris Dewolfe Bersama Rupert Murdoch ketika Persidangan Web 2.0 pada tahun 2007. Telegraph

Masalahnya ialah, walaupun Facebook sedang berkembang, namanya masih belum besar dan gah seperti Myspace, dan kerjasama pemasaran yang dibuat masih terlalu kecil.

Pada Ogos 2006, sebulan selepas Dan menyertai Facebook, senario dunia internet berubah. Myspace baru sahaja mengumumkan perjanjian kerjasama berharga USD $900 juta dengan Google.

Myspace memiliki trafik, dan Google memiliki rangkaian pengiklanan. Ia adalah kerjasama yang sempurna di mana Google akan menguruskan ruang-ruang iklan Myspace, dan melalui satu perjanjian ini sahaja dapat menjadikan Myspace mendapat keuntungan besar.

Dan Rose bertanya, "Siapa yang paling rugi daripada perjanjian ini?"

geek-power
Bill gates dan Mark Zuckerberg. Prem K

Jawapannnya adalah – rangkaian pengiklanan Microsoft MSN oleh Bill Gates, yang baru sahaja ditewaskan oleh musuh ketat mereka, Google. Dan terus menelefon Microsoft dan bertanya sekiranya mereka berminat untuk memiliki perjanjian yang serupa dengan Facebook.

Microsoft menjawab, "Baiklah, kami akan ke sana esok."

Melalui hanya SATU perjanjian yang dimeterai dalam masa 24 jam, meningkatkan pendapatan Facebook pada tahun 2006 mencecah $40 juta, berbanding unjuran pendapatan mereka sebelum itu sebanyak $22 juta. Pada tahun berikutnya, perjanjian kerjasama itu mendatangkan pendapatan sebanyak $100 juta kepada Facebook.

Hanya satu panggilan diperlukan – Facebook menyelesaikan masalah Microsoft yang tidak mahu tewas kepada Google. Microsoft pula menjana pendapatan $100 juta yang pertama kepada Facebook.

Kadang kala, untuk menang, adalah lebih mudah membantu orang lain memenangi peperangan mereka daripada berjuang dalam peperangan sendiri. Kadang kala, peperangan orang lain adalah lebih besar daripada peperangan kita.

bill-mark
Bill gates dan Mark Zuckerberg ketika cover shoot majalah Wired. Wired

Siapa yang memerlukan anda? Siapa yang anda boleh tolong untuk "menang lebih besar" hari ini?

Cara terbaik untuk mendapatkan peluang sebegini?

Bawa masuk seseorang dengan inside knowledge ke dalam tim anda – "pengetahuan dalaman" dengan idea "di luar kotak".

“If opportunity doesn't knock, build a door.”– Milton Berle

BACA: Tadika Ini Berkembang Daripada 1 Ke 83 Rangkaian Dalam Masa 14 Bulan Dan Bagaimana Mereka Bermula?

BACA: Kenali Pembawa Budaya Trendy Minum Bubble Tea Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka