Berita baik buat pengguna TM khususnya Unifi. Telekom Malaysia pada minggu ini telah mengumumkan mereka bakal bekerjasama bersama Netflix dalam membawakan rancangan penstriman ini buat semua pengguna.

Pelanggan-pelanggan TM yang melanggan kepada perkhidmatan ini akan menjadi ahli Netflix dan mereka boleh menikmati tontonan tanpa had bagi kandungan-kandungannya termasuklah siri-siri yang pernah memenangi anugerah seperti House of Cards, The Crown dan Stranger Things.

netflix_content

Memegang kepada tagline ‘Menjadikan Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah, demi Kesejahteraan Negara’ kolaborasi diantara kedua-dua jenama ini tidak lain dan tidak bukan untuk memberi hiburan buat para para pelanggan selain daripada bukti kepada komitmen berterusan dalam memberikan yang terbaik buat para pengguna.

Setakat ini, dikhabarkan kerjasama diantara Telekom Malaysia bersama Netflix ini bakal berlangsung seawal Oktober ini. Dengan penambahan penstriman baru beserta Netflix yang telah mula mengeluarkan konten dalam Bahasa Melayu, kami harap kerjasama ini dapat berjalan dengan lancar serta membuatkan ramai yang berpuas hati.

Netflix_on_Devices

Pertambahan penstriman ini sekaligus bakal memberi pilihan buat pengguna untuk mengakses rancangan yang dimahukan selain daripada rancangan yang tersedia di HyppTV.