Memandu tanpa layan muzik sudah tentu agak bosan. Begitu juga memandu tanpa menggunakan navigasi Waze dimana mungkin akan menyukarkan anda untuk ke tempat yang pertama kali hendak dituju.

Bermula hari ini, kedua-dua aplikasi Spotify dan Waze yang popular di dalam niche masing-masing telah mengumumkan kerjasama dimana membolehkan pengguna menggunakan navigasi Waze sambil mendengar muzik terus daripada aplikasi Spotify.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Lebih menarik, melalui kemaskini terbaru kedua-dua aplikasi ini, anda boleh mendapatkan navigasi terus daripada aplikasi Spotify anda. Begitu juga sebaliknya dimana anda boleh mendengar muzik secara terus menggunakan aplikasi Waze. Cool!

Penggunaan kedua-dua aplikasi ini secara serentak mungkin tidak begitu popular di negara kita dimana majoriti pengguna lebih gemar mendengar radio. Untuk negara luar, sambungan Spotify ke media player kereta lebih menjadi pilihan para pengguna.

Sebelum ini, Spotify turut bekerjasama bersama Uber USA dimana membolehkan para penumpang mendapat akses untuk mendengar sebarang lagu yang dimanati semasa menggunakan servis Uber.

Anda Mungkin Suka