Bagi memastikan keselamatan kanak-kanak di dalam kereta, penggunaan kerusi keselamatan bayi telah diwajibkan untuk dipasang buat kenderaan yang membawa anak kecil mulai 2020 ini

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, beberapa program kesedaran tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi akan dijalankan sepanjang tahun 2019 kepada orang ramai sebelum peraturan tersebut berkuatkuasa sepenuhnya.

0210_FL_anthony_loke2
Sumber: Malaymail

Tambahnya lagi, pihak Kementerian Pengangkutan telah mencadangkan kepada Kementerian Kewangan untuk tidak mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap pembelian kerusi keselamatan bayi supaya harganya lebih rendah. Logiknya, sekiranya harga kerusi keselamatan bayi pada paras mampu milik, pastinya ibu bapa tidak teragak-agak untuk membeli.

Sekiranya anda mempunyai anak-anak kecil, kami sarankan anda untuk dapatkan kerusi keselamatan bayi bagi mengelakkan daripada sebarang kemalangan yang tidak diingati. Dijangkakan tindakan undang-undang bakal dikenakan buat mereka yang melanggar peraturan menjelang 2020.