Selepas hampir 6 bulan pemergian ilmuwan terkenal, mendiang Stephen Hawking semalam diumumkan barangan peribadi beliau kini sedia untuk dilelong. Acara lelongan ini dilakukan oleh Christie’s, sebuah syarikat terkenal yang sering mengacarakan aktiviti lelongan di sekitar London.

Antara 22 barangan peribadi Stephen Hawking yang dilelongkan ialah kerusi roda dan buku yang mengandungi cap jari mendiang. Selain itu, barang peribadi yang pastinya akan menjadi rebutan ramai ialah salah satu thesis PhD di Cambridge University pada tahun 1965 yang sudah ditandatangan oleh beliau sendiri. Harga pasaran untuk thesis tersebut dijangka bernilai kira-kira $130,000 hingga $195,000 (±RM541,000 sehingga RM811,000).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

stephen hawkings

https://www.youtube.com/watch?v=OH8s4N15zdg

Anak perempuan kepada Hawking, Luck berkata lelongan ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk memiliki sebahagian daripada barangan peribadi milik bapanya. Antara barangan lain yang turut sama dilelong adalah medal, anugerah yang pernah dianugerah kepada Hawking, skrip untuk penampilan Prof Hawking dalam siri kartun The Simpsons dan banyak lagi.

Kutipan daripada lelongan ini akan disalurkan ke Stephen Hawking Foundation dan Motor Neurone Disease Association. Bidaan akan mula dibuka seluruh dunia melalui atas talian bermula hujung bulan ini iaitu pada 31 Oktober sehingga 8 November.