Kecoh dilaman sosial mengenai siapa yang salah antara pemandu bas dan abang burger semalam di Jalan Ampang. Satu kemalangan yang menyebabkan 7 buah kereta dirempuh kerana pemandu bas memandu secara berbahaya. Dikhabarkan pemandu bas tersebut sedang menyelamatkan diri kerana dikejar sekumpulan orang ramai akibat pemandu bas tersebut melanggar gerai burger tepi jalan dan mak penjual burger yang mengendong anak kecil.

Bas tersebut sedang beroperasi untuk laluan dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Datuk Keramat ke Ampang Point ketika kejadian. Tercetusnya kemalangan bermula dari pemandu bas tersebut cuba untuk mengelak motor yang keluar dari simpang lalu melanggar bucu gerai burger tepi jalan tersebut dan menyebabkan mak penjual burger yang sedang mengendong anak kecil terperanjat dan anak itu terlepas dari tangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kemudian, pemandu bas tersebut ada memberhentikan basnya untuk melihat situasi gerai burger yang dilanggar tapi dia membuat keputusan untuk melarikan diri kerana melihat penjual burger tersebut dalam keadaan berang dan mahu mengejarnya.

Penjual burger tersebut dan sekumpulan pemuda mengejar pemandu bas tersebut dan mungkin pemandu bas tersebut berasa terancam lalu melarikan diri. Kemudian, bas yang dipandu pemandu bas tersebut melanggar 7 buah kereta dan menyebabkan dirinya terperangkap.

Setelah ditangkap oleh sekumpulan pemuda, mereka memukul pemandu tersebut. Adakah betul tindakan penjual burger dan sekumpulan pemuda itu memukul pemandu tersebut tanpa memberi peluang untuk pemandu tersebut memberikan penjelasan? Negara kita mempunyai undang-undang, adakah tindakan menghukum sendiri itu sesuatu yang wajar? Adakah tindakan melarikan diri setelah melakukan kesalahan juga sesuatu yang wajar?

Saksi di tempat kejadian bercerita ada sebab mengapa pemandu bas berkenaan lari. Pemandu berkenaan dikatakan dalam keadaaan takut dan terus lari kerana takut diancam oleh rakan-rakan penjual burger berkenaan.

Pihak Rapid KL mengatakan bahawa pemandu bas tersebut tiada rekod buruk sepanjang 2 tahun dia bekerja.

Bagi kereta yang dirempuh, pihak Rapid Kl sedia tanggung segala kerosakan dan berharap pihak yang terlibat akan membuat laporan polis dan memberi kerjasama kepada pihak polis.

Anda diluar sana, cukuplah membuat pertuduhan melulu. Kita tidak tahu pihak mana yang benar. Sebaiknya kita tunggu hasil siasatan dan mungkin para saksi boleh ke balai polis berdekatan untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. Sama-sama kita nantikan perkembangan kes ini.

Sumber