Itali secara rasminya telah mengambil langkah kuarantin seluruh negara bagi mengekang wabak COVID-19 daripada terus merebak. Itali pada ketika ini mencatat kes jangkitan paling tinggi di Eropah; melebihi 10,000 kes dengan 631 kematian dan kes jangkitan COVID-19 meningkat hari demi hari di sana.

Lombardy, antara daerah terawal dikuarantin kerajaan Itali sehingga kini kekurangan tilam dan alatan perubatan bagi merawak pesakit yang dijangkiti COVID-19. Bilangan rakyat yang dijangkiti juga semakin meningkat, menyebabkan semua hospital di Lombardy sesak.

Peningkatan ini menyebabkan mereka perlu menukar beberapa bilik operasi kepada bilik untuk rawatan COVID-19. Para doktor juga perlu bekerja setiap masa untuk merawat pesakit baharu.

Disebabkan peningkatan kes COVID-19 yang terlalu pantas, para doktor di Itali kini berdepan dengan dilema; siapa yang perlu mereka pilih untuk rawat atau tolak untuk dirawat.

Walaupun Lombardy mempunyai lebih 900 katil untuk kegunaan pesakit, tetapi wilayah yang lebih kecil seperti Bergamo, Lodi dan Pavia berdepan masalah apabila hospital di wilayah berkenaan kini pada kapasiti penuh.

Menurut Dr Christian Salaroli, ada beberapa kriteria penting yang perlu dilihat sebelum seseorang pesakit itu dirawat di hospital. “Langkah pertama dalam beberapa hari lagi kami perlu buat pilihan. Disebabkan kami bakal kekurangan katil dan doktor, tidak semua pesakit akan dirawat,” kata Salaroli.

“Kriteria pertama yang kami akan lihat adalah umur dan keadaan pesakit. Jika mereka berusia 8 -95 tahun, kemungkinan besar mereka tidak akan dirawat. Jika mereka sudah mempunyai kegagalan beberapa organ dalaman, dua atau tiga organ penting, kami tidak akan rawat kerana peratus kematian mereka berbanding sembuh adalah lebih tinggi,” tambah Salorali.

Lockdown di Itali telah menyebabkan bandar Rome yang sibuk kini bertukar sepi. Sekolah dan pusat membeli belah ditutup buat sementara bagi mengelakkan penyebaran virus ini. Syarikat besar di Itali juga turut membenarkan pekerja bekerja dari rumah dan tempat tumpuan pelancong seperti Spanish Steps lengang.

Walaupun Itali bakal berdepan kemelesetan ekonomi selepas mengumumkan lockdown ini, keselamatan rakyat adalah keutamaan kerajaan Itali pada ketika ini. Sekiranya wabak ini berterusan ‘mengganas’ di seluruh dunia, banyak negara termasuk Malaysia akan berdepan perkara yang sama. Jadi, sama-sama kita ambil langkah berjaga-jaga.

Bagi mencari penawar Coronavirus, Saintis sedang mencari volunteer dengan upah RM19,000 pada sesiapa yang berminat. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

Saintis Cari ‘Volunteer’, Upah RM19,000 Jika Sanggup Dijangkiti Coronavirus

Situasi Sebenar Khemah Saringan COVID-19 Di Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu

Saintis Jangka Gelombang Kedua Coronavirus 10 Kali Ganda Lebih Kuat Di Luar China