Mulai menular di China, nampaknya wabak COVID-19 sudah menjadi semakin serius di beberapa negara lain termasuk Itali, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Apa yang mengejutkan warga Indonesia serta orang ramai seluruh dunia adalah kenyataan juru bicara pemerintah COVID-19 Indonesia, Achmad Yurianto yang menjangkakan jumlah kes di negara tersebut dijangka meningkat sehingga 600,000 hingga 700,000 menjelang hujung April.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →
Achmad-Yurianto-Juru-bicara-Presiden-terkait-persebaran-virus-Corona-atau-Covid-19-di-Indonesia.-Foto-BNPB4fdb4a7b01493f2b

Sumber: JATIM Times

Menurut Jakarta Globe, kes COVID-19 di Indonesia dilihat semakin menaik daripada 60 sehingga 369 kes sehari. Melihat kepada populasi semasa, Achmad Yurianto menjangkakan kes ini bakal terus menular dan memberi kesan kepada ratusan ribu warga Indonesia.

Dalam usaha untuk mengatasi penularan wabak COVID-19, sebanyak satu juta kit ujian bagi pemeriksaan berskala besar bakal ditawarkan oleh kerajaan Indonesia. Difahamkan ujian berskala besar ini cuma dikhaskan buat mereka yang berisiko untuk dijangkiti COVID-19 manakala mereka yang tidak terdedah kepada wabak berkenaan tidak dibenarkan untuk mengambilnya.

Virus Outbreak Indonesia

Sumber: hawaiipublicradio

Kehadiran wabak COVID-19 ini secara tidak langsung turut memberi kesan kepada pelbagai sektor dan industri. Diharap penularan COVID-19 ini dapat diputuskan bukan sahaja di Malaysia malah di negara luar.

Sebelum ini Indonesia turut menjadi bualan netizen apabila terdapat keluarga yang sanggup membawa pulang jenazah yang disyaki positif COVID-19 tanpa menghiraukan akan jangkitan.

Tidak Peduli Jangkitan, Keluarga Tetap Bawa Pulang Jenazah Disyaki Positif COVID-19 Di Indonesia

China Dakwa Kes Baharu COVID-19 Datang Dari Indonesia

Anda Mungkin Suka