Bermula di China, nampaknya wabak COVID-19 sudah semakin merebak ke beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat. Keadaan menjadi lebih parah apabila sikap pemimpin serta warga Amerika Syarikat yang ambil mudah terhadap wabak ini sekaligus membuatkan penularan wabak ini semakin pantas.

Kes kematian di bandar New York setakat hari Isnin lalu ternyata mengejutkan orang ramai seluruh dunia dimana New York mencatatkan jumlah kematian disebabkan COVID-19 sebanyak 914.

APTOPIX Virus Outbreak Nightlife
Sumber: timesofisrael

Lebih parah, 124 daripada kes yang terjadi di bandar ini berlaku dalam tempoh enam jam sahaja sekaligus mencatatkan jumlah kematian dengan purata setiap 3 minit.

Selain itu, Brooklyn muncul daerah kedua di Amerika Syarikat dengan 10,171 kes di Amerika Syarikat. Setakat ini Amerika Syarikat sudah mencatat lebih 160,000 kes melibatkan COVID-19.

China dilaporkan mengedarkan lebih 100,000 test kit COVID-19 yang gagal berfungsi di Sepanyol sekaligus meningkatkan jumlah maut di negara tersebut.

‘Test Kit’ COVID-19 Bermasalah Dari China Buatkan Jumlah Maut Di Sepanyol Meningkat

Warga China Rai Bebas COVID-19 Dengan Membuka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik

Kandang Anjing Jadi Penjara Buat Individu Yang Melanggar Perintah ‘Lockdown’ Di Filipina

Sumber