Ketika ini, penularan wabak pandemik COVID-19 berada dalam keadaan yang membimbangkan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di Malaysia.

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di platform rasmi media sosialnya memaklumkan bahawa Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat menyimpan jenazah yang meninggal dunia akibat COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hal ini menunjukkan peningkatan kes COVID-19 semakin membebankan sistem kesihatan negara. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) untuk merawat pesakit COVID-19 mencecah 80 peratus di seluruh negara.

Semalam, 36 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan melibatkan 35 warganegara dan seorang bukan warganegara dan pada hari Sabtu pula menyaksikan angka kematian harian COVID-19 tertinggi yang pernah direkodkan dalam negara iaitu sebanyak 44 kes.

Sebelum ini, beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Itali dan India sudah mula menggunakan kontena khas bagi menyimpan jenazah yang meninggal dunia akibat COVID-19 ketika sistem kesihatan negara masing-masing tidak mampu menampung lonjakan kes jangkitan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Menteri Besar Selangor Nafi Dakwaan Penduduk Orang Asli Sepang Diusir Untuk Projek Pelancongan

Kenali Briged Al-Qassam, Pejuang Yang Berjaya Menakutkan Tentera Zionis Israel

Kumpulan Rage Against The Machine Dikecam Peminat Kerana Sokong Palestin

Sumber