Semalam kes wabak COVID-19 di Malaysia mencatatkan angka yang menggila apabila negara melaporkan 7,478 kes baharu dalam masa 24 jam, ini merupakan rekod tertinggi dalam satu hari bagi wabak yang menyerang Malaysia sejak awal tahun lalu.

Situasi membimbangkan ini turut mendapat perhatian Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar apabila baginda menyuarakan keprihatinan mengenai jumlah kes baharu yang tinggi dan mendesak agar kerajaan pusat hari ini untuk mempertimbangkan penutupan sepenuhnya (full lockdown), lapor Malay Mail.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, baginda juga menggesa semua lapisan masyarakat agar komited untuk melaksanakan sekatan pergerakan kendiri atau ‘self-lockdown‘ bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 yang sedang merebak pantas di negara ini.

Baginda yang berusia 63 tahun turut menekankan betapa pentingnya untuk tidak kerap keluar daripada rumah dan tidak memandang ringan terhadap wabak yang menjangkiti orang lain tanpa disedari.

“Justeru, semua mesti berdisiplin dan komited bagi menghalang kita semua terjerumus ke dalam situasi yang lebih parah lagi. Kerajaan juga harus mempertimbangkan ‘lockdown’ penuh jika angka Covid tiada tanda penurunan.

“Biar kita telan ubat yang pahit sekarang daripada menanggung sakit yang melarat dan berterusan,” titah Baginda Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO) yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya, pada Rabu.

Baginda turut menyuarakan rasa simpati terhadap kumpulan barisan hadapan, terutamanya kakitangan perubatan yang harus menanggung beban melawan wabak dari awal tahun lalu lagi, lapor Awani.

“Kasihanilah mereka. Kita semua harus bersatu memainkan peranan untuk mengurangkan beban mereka dan putuskan rantaian jangkitan demi kebaikan kita semua,” titah Baginda Tuanku Sultan.

Mengenai perkembangan terbaru COVID-19, baginda mengatakan bahawa dia diberi taklimat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui telefon.

Dia menyatakan rasa bimbang dengan kemunculan varian baru yang kini boleh dibawa menerusi udara. Kata baginda, jika jangkitan terus menular, beliau risau akan bertambah-tambah lagi varian virus berbahaya ini.

“Dalam keadaan tidak menentu kini juga, saya menyeru kepada pihak yang berkemampuan untuk tampil membantu mereka yang telah ditimpa kesusahan dalam apa jua bentuk yang boleh,” titah baginda.

Untuk rekod, Malaysia semalam mencatatkan rekod tertinggi harian kes COVID-19 pada jumlah 7,478 kes baharu.

Majalah 3 dipuji buat dokumentari isu COVID-19, netizen sebak dengar kata-kata jururawat ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Majalah 3 Dipuji Buat Dokumentari Isu COVID-19, Netizen Sebak Dengar Kata-Kata Jururawat Ini

Lelaki Ini Dedah Punca Ramai Bangsa Cina Di Alor Setar Positif COVID-19

Mayat Mangsa COVID-19 Di India Mula Membusuk, Terbiar Di Tepi Sungai