Penularan wabak COVID-19 ketika ini makin meningkat hari demi hari. Oleh itu, Perintah Kawalan Pergerakan akan dilaksanakan semula di 6 buah negeri di Malaysia mulai esok.

Terbaharu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan turunkan dengan berkesan.

Perkenan tersebut diberikan selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet dan mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu.

Difahamkan, Seri Paduka Baginda turut perkenan pembentukan satu Jawatankuasa Bebas dianggotai Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan. Jawatankuasa Bebas akan mengesyorkan kepada Agong sekiranya pelaksanaan darurat dapat ditamatkan lebih awal.

Rakyat dinasihatkan supaya bertenang, tabah dan cekal hadapi pelaksanaan darurat dan PKP demi keselamatan dan kepentingan bersama.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan perkembangan semasa COVID-19 pada pautan di bawah ini.

Dr Noor Hisham Sahkan Pengembara Bawa Pulang COVID-19 Varian UK Ke Malaysia

PM Umum PKP Selama 14 Hari Di 6 Buah Negeri Bermula Rabu Ini