Misteri kematian wanita ini membuatkan kita lebih berhati-hati apabila memilih hotel untuk menginap. Kini, kita bukan sahaja memeriksa apakah perkhidmatan dan ciri-ciri keselesaan yang disediakan oleh pihak hotel, tetapi kita perlu juga memeriksa sejarah hotel tersebut. Ini kerana misteri kematian yang bakal diceritakan ini mempunyai kaitan dengan sejarah silam hotel tersebut.

Elisa Lam berusia 21 tahun ketika kejadian ini berlaku. Dia seorang pelajar berdarah Canadian-Asian telah menginap di Hotel Cecil, Los Angeles dan kehilangan nyawanya di situ pada Januari 2013. Hotel Cecil ialah sebuah hotel bajet dan memiliki 600 buah bilik tetamu. Ia dibina pada tahun 1927 dan ditambahbaik pada tahun 2007. Ya, ia sebuah hotel lama yang memiliki beberapa sejarah yang agak mengerikan. Antaranya, pernah menjadi tempat penginapan pembunuh bersiri bernama Jack Unterweger dan menjadi tempat pembunuhan pelakon bernama Elizabeth Short aka The Black Dahlia yang sehingga kini masih belum dapat diselesaikan kesnya itu. Selain itu, Hotel Cecil juga dijadikan tempat bunuh diri sejak ia beroperasi. Misteri kematian Elisa Lam ini dikaitkan dengan sejarah Hotel Cecil kerana berlaku beberapa kejadian pelik sebelum detik kematiannya seperti peristiwa di lif dan juga di tempat tangki air hotel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk mengetahui lebih lanjut akan misteri ini, sila tonton ini:

https://www.youtube.com/watch?v=4dYHzblg84A#t=495

LIKE Facebook The Vocket disini