Pada minggu lalu seorang tukang masak maut selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet sebuah kereta meletup berhampiran sebuah restoran Pandan Indah.

Terbaharu, pihak polis telah memberkas sepasang suami isteri yang disyaki terbabit dalam kejadian itu, lapor Berita Harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kedua-duanya diberkas di sebuah rumah di Kedah, tengah malam tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Pada masa ini kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang bagi mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan.

Terdahulu seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun mendapati terdapat satu bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet Toyota Corolla Altis berhampiran restoran dia bekerja. Apabila mangsa memegang bungkusan berkenaan, berlaku letupan yang dipercayai daripada bungkusan terbabit

Sumber