Tular sebelum ini video seorang pemandu Proton Wira yang memukul seorang penunggang basikal di Manjung. Ia telah mendapat perhatian ramai orang termasuk pengguna sosial media selepas ia tular di Facebook, Twitter dan Instagram, lapor Utusan Malaysia.

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi dalam satu kenyataan memberitahu bahawa suspek sudah pun tampil memberi keterangan kira-kira jam 2.30 petang dan mengaku bahawa kereta tersebut adalah kereta pinjam milik rakannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi keterangan suspek, mangsa yang membawa basikal berada di lorong kiri jalan di lampu isyarat simpang empat AEON Mall Seri Mahjung. Semasa suspek mahu membelok ke susur kira laluan di persimpangan tersebut, berlaku salah faham di mana mangsa dikatakan beranggapan bahawa suspek mahu menghimpit dan melanggarnya.

“Oleh kerana salah faham, suspek bertindak memukulnya kerana mangsa didakwa memaki hamun serta mencabar lelaki tersebut,” kata Nor Omar dalam kenyataannya. Sehingga kini polis masih gagal mengenal pasti mangsa dan tiada sebarang laporan polis yang dibuat oleh penunggang basikal tersebut.

Polis kini menyiasat kejadian tersebut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, polis turut akan mengemukakan permohonan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Daerah Manjung untuk mendapatkan Perintah Meneruskan Siasatan (OTI) bagi meneruskan penyiasatan kes tersebut.

Orang ramai mengamuk, pemandu mabuk berusia 18 tahun dipukul selepas rempuh kereta. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Orang Ramai Mengamuk, Pemandu Mabuk Berusia 18 Tahun Dipukul Selepas Rempuh Kereta

Hanya Mahu Keadilan, Mangsa Pukul Geng Isarb Akhirnya Buka Mulut Insiden Sebenar

Tular Video Pukul Penghantar Makanan, Lan Pet Pet Tampil Jelaskan Perkara Sebenar