Jika anda mengikuti perkembangan semasa, pasti kalian kenal dengan lelaki terkaya di dunia saat ini iaitu Jeff Bezos dengan nilai kekayaan peribadi $131billion mengalahkan Warren Buffet dan Amancio Ortega.

Bak kata orang, dibelakang kejayaan lelaki ada seorang wanita yang mendokongnya. Itulah wanita yang bernama MacKenzie S dimana mereka mendirikan rumah tangga bersama bermula 1993 sehingga 2019.

Bagaimana MacKenzie Mengenali Jeff Bezos

gettyimages-902233088

Buat anda yang tidak mengenali bekas isteri Jeff Bezos, beliau dilahirkan di San Francisco dan merupakan graduan dari Princeton University. Kemahiran menulis MacKenzie dikagumi oleh guru beliau iaitu Toni Morrison. Siapa sangka wanita terkaya ini merupakan seorang penulis novel yang bertajuk ‘The Testing of Luther Albright’ yang memenangi Anugerah Buku di Amerika Syarikat.

Mackenzie bertemu dengan Jeff sewaktu bekerja bersama di sebuah hedge fund terletak di New York. Kemudian berpindah ke Seattle, Washington untuk membina kehidupan yang lebih baik. Pasangan ini dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Kini, mereka telah bercerai secara rasmi kerana Jeff Bezos dikatakan mempunyai skandal bersama wanita lain. Kelmarin, proses penceraian itu telah pun berjaya diselesaikan dengan baik dimana mereka bersetuju memberikan MacKenzie $35 bilion (RM143.15 bilion) seterusnya menjadikan beliau salah seorang wanita terkaya dunia.

Lebih mengagumkan, MacKenzie tampil professional dengan kenyataan beliau memberikan semua kuasa eksekutif dalam syarikat Washington Post & Blue Origin kepada bekas suaminya.

MacKenzie bersetuju memberikan 75% pegangan saham bersama dan voting control kepada Jeff Bezos untuk mengawal selia Amazon yang kini berada di tahap yang sangat baik.

mackenzie-bezos-divorce-blogsize
Sumber: Penelope Trunk

Beliau sangat gembira dengan keputusan yang diambil dan kata beliau, Amazon sangat memerlukan Bezos sebagai ketua. Sudah pasti tiada yang lebih layak dari diri Bezos itu sendiri.

Selepas penceraian ini berlaku, nilai saham Amazon untuk Bezos bernilai $107.4Billion manakala MacKenzie bernilai $35.6 billion. Bagaimana pula pendapat anda mengenai kes penceraian sebegini, kongsikan bersama kami. Anda boleh klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kisah Jeff Bezos.